Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 4 January 2012

Aku tahu siapa sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat

Biodata diri:
Nama penuh: Khairul Fahmi Che Mat

Nama panggilan: Apek

Tarikh Lahir: 7 Januari 1989 (3 hari lagi masuk 22 tahun)

Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan

Tinggi: 1.70 meter (5 kaki 7 inci)

Berat: 60 kg

Posisi: Penjaga Gol

Kelab: Kelantan FA

Nombor Jersi: 19

Penglibatan:
Mewakili Malaysia B-23 buat kali pertama dalam bola sepak ketika Asian Games 2010 yang diadakan di Guangzhou, Guangdong, China dari 7-25 November 2010

Sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia oleh K.Rajagopal dalam AFF Suzuki Cup 2010 (dahulunya dikenali dengan nama Tiger Cup)

Khairul Fahmi berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Thailand (0-0)

Khairul Fahmi juga berjaya mengekalkan perlawanan tanpa bolos (cleansheet) ketika bertemu dengan Vietnam dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir (First Leg: 2-0 | Second Leg 0-0)

Khairul Fahmi sekali lagi beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir pertama bertemu Indonesia yang berakhir dengan Malaysia menang 3-0. Sekali lagi cleansheet daripada beliau

Dalam perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, Khairul Fahmi menjadi wira negara kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada pemain Indonesia sekaligus menjadi pemangkin “moral up” kepada rakan-rakannya yang lain dan menjurus kepada gol di tempat lawan oleh rembatan kencang penyerang jadian Mokhtar Dahari, Safee Sali

Pencapaian:
Sebahagian daripada pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010

Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya pada awal bulan November 2010
 
kredit : KFC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...