Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 3 February 2016

PUNCA CEPAT LETIH DAN MENGANTUK SERTA CARA MENGATASI

Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk cuba fahami antara punca-punca yang mungkin penyumbang terbesar terhadap masalah keletihan anda itu.

KEKURANGAN DARAH
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

KEKURANGAN HORMON TIROID
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

DEHIDRASI
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

JANGKITAN KUMAN AIR KENCING (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

CAFFEINE
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

ALAHAN MAKANAN
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan itu dari suapan harian anda.

KEKURANGAN TENAGA

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.


SLEEP APNEA/DENGKURAN (gangguan semasa tidur melalui pernafasan)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

LEMAH JANTUNG
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

PENYAKIT KENCING MANIS
Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

 SYOR UNTUK MENGATASI MASALAH CEPAT LETIH

Multivitamin Terbaik Adalah Vitalea Shaklee

Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 
Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.
- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
SUPPLEMENT FACTS VITA-LEA SHAKLEE   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee

Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Siapa Memerlukan Multivitamin

VITA-LEA SHAKLEE- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan 
   kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin
- mereka yang sibuk 
 
 Cara pengambilan - 1 biji sekali sehari (2 kali sehari jika perlu)

Punca Kerap Mengantuk, Penat Dan Letih Tidak Kira Masa 

 

 1. Kurang Berehat
Masa tidur yang normal dan cukup untuk orang dewasa adalah dari 6-8 jam. Ini adalah bagi memastikan tubuh segar dan lebih bertenaga apabila di siang hari. Sekitar jam 12 tengah malam hingga 3 pagi juga adalah masa untuk badan mengeluarkan toksin. Oleh itu tidur awal dan bangun awal.

8 punca kerap mengantuk

2. Kurang Oksigen
Sekiranya tubuh badan sudah hantar signal mengantuk, kebiasaannya tubuh badan kita kekurangan oksigen. Ini pernah berlaku , bias jadi hal ini mengindikasikan bahwa tubuh kekurangan oksigen. Pasalnya, oksigen sangat diperlukan oleh sel-sel otak untuk melakukan aktifitas rutin sehari-hari. Apabila oksigen yang beredar di darah kurang mencukupi kebutuhan metabolisme dasar, maka otakpun akan kekurangan oksigen, dan cenderung memberikan respon seperti mengantuk. Kekurangan oksigen bisa disebabkan oleh beberapa hal, di antaranya kurangnya asupan zat besi seperti yang terdapat dalam sayur bayam, ati, daging merah, dll. Kekurangan zat besi menyebabkan gangguan pembentukan sel darah merah (eritrosit) yang akan menyebabkan seseorang menderita anemia. Eritrosit mengandung hemoglobin dimana fungsi hemoglobin adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Jadi, rendahnya eritrosit dalam tubuh menyebabkan hemoglobin juga rendah, dan oksigen yang disebar ke tubuh juga rendah.

3. Makan Berlebihan
Kalori berfungsi untuk memberi tenaga apabila kita bekerja tetapi kenapa setelah makan banyak kita malah menjadi mengantuk? Jawapannya ada pada makanan yang kita makan. Mengambil karbohidrat, makanan berlemak, dan makanan yang mengandungi gula yang tinggi secara berlebihan menyebabkan kita cepat mengantuk. Hal ini disebabkan makanan yang mengandung lemak, gula, dan karbohidrat merupakan makanan yang paling banyak memberikan perubahan hormon dalam tubuh. Ini kerana, ketiga-tiga makanan tersebut dapat menyebabkan tindakbalas saraf dengan cepat apabila makanan mencapai usus halus. Tindakbalas tersebut akan diterima saraf parasimpatis yang kemudian akan memberikan maklumat kepada tubuh untuk memperlambatkan gerak tubuh dan lebih fokus dalam mencerna makanan.
8 punca kerap mengantuk

4. Mengambil Terlalu Banyak Makanan Manis
Kalau tak ambik makanan atau minuman manis sehari tak sah kan. Akan tetapi tahukah kita bahawa setelah makan atau mengambil banyak makanan manis, kita akan lebih terdedah kepada rasa mengantuk. Semua itu ada kaitan dengan hormon insulin. Hormon insulin yang akan ikut meningkat selepas mengambil berlebihan glukosa tersebut akan mempengaruhi pengeluaran hormone serotonin dan melatonin yang sangat berkaitan dengan pencetus rasa mengantuk dan kebahagiaan.

5. Makan Banyak Pada Waktu Malam
Masa makan yang sebaiknya adalah satu jam sebelum tidur dan sebaiknya makan sebelum jam 8 malam...Aduhhh sakitnya tuh disini...huhu..dan jangan makan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya seseorang itu makan diatas jam 8 dan terus tidur, sesungguhnya anda telah mematikan FUNGSI INSULIN yang menyebabkan kadar gula darah menjadi naik atau turun. Kesannya, kita akan mudah terbangun di malam hari dan sukar tertidur lagi. Padahal, sepatutnya makan banyak boleh membuatkan kita merasa mengantuk. Oleh kerana gangguan insulin yang menyertainya membuat kita sukar tidur lena.

6. Tanda Awal Gejala Stroke
Selalu dihidapi oleh mereka yang berusia dan perlu lebih berhati-hati. Berdasarkan hasil penelitian ilmuwan Amerika Serikat (AS) yang dipimpin oleh Dr. Bernadette Boden-Albala, penolong professor bidang neurologi di Universitas Columbia, New York, AS, rasa mengantuk yang berlebihan setiap hari merupakan tanda awal serangan stroke. Penelitian ini menunjukkan bahawa orang yang sering mengantuk berisiko mengalami serangan stroke dua hingga empat kali lebih tinggi. Bagaimana mengenali rasa mengantuk yang biasa dan rasa menagntuk yang tidak biasa ini? Biasanya rasa mengantuk ini membuatkan orang yang berusia mudah tertidur dalam berbagai situasi. Contoh ketara, mereka yang mudah tertidur ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu, duduk, apabila sedang duduk bercerita , duduk terdiam, setelah makan siang tanpa dan lebih teruknya yang tiba-tiba berhenti memandu ketika memandu. Menariknya, dalam penelitian tersebut dikatakan “selama dua tahun, pada orang yang beberapa kali suka mengantuk dalam sehari memiliki risiko terkena stroke 2,6 kali lebih besar. Sementara orang yang mengantuk secara sangat berlebihan, risiko terkena stroke meningkat menjadi 4,5 kali lebih besar”.

7. Mata Minus
Lensa mata yang mengalami myopia (mata minus), apabila tidak diperbetulkan sesuai dengan keperluan mata, maka akan menyebabkan mata mudah lelah dan mudah mengantuk apabila kita sedang membaca. Untuk yang tidak memakai kaca mata,hal ini boleh jadi petunjuk bahawa mata sedang mengalami gangguan. Untuk yang sudah memakai kaca mata minus, hal ini juga boleh menunjukkan bahawa mata sudah tidak sesuai dengan kaca mata yang sedang digunakan.

8. Ambil vitamin tambahan.
Kemungkinan mengantuk yang kerap dan berterusan ini disebabkan penyakit. Rajin-rajinkan diri buat pemeriksaan dengan Doktor dan jika perlu minta ubat atau mengambil suplemen tambahan (Selalu orang sakit susah nak tidur, ni sakit selalu mengantuk).
Antara Vitamin yang boleh membantu anda atasi rasa mengantuk
VitaLea Iron Formula - mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik

*Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan

*B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.

*ESP Soy Protein Isolate Powder - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga meambantu mengurangkan stress.

*OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena

*Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Anda tergolong yang mana?

Wednesday 13 January 2016

Amalan dan Doa Murah Rezeki



Saya sering kali ditanya customer dan kawan bagaimana secara tetiba terfikir untuk menjual baju renang muslimah. Secara terus terang, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjual.

Pada ketika itu, saya sedang mencari pekerjaan. Banyak temuduga yang saya pergi dan setiap kali saya pergi temuduga setiap kali itu juga saya akan nangis. :) (Maaf... saya memang kuat nangis sejak bergelar ibu.. sebelum ni suka gak nangis, tapi sejak jadi mak ni lagi bertambah kuat nangisnya. )

Bukan menangis kerana takut untuk ditemuduga. Tetapi saya menangis kerana bimbang jika saya dapat jawatan tersebut. Hati saya amat berat untuk tinggalkan anak saya yang ketika itu masih menyusu badan. Tapi pada masa yang sama, saya tersepit. Ada tanggung jawab lain yang perlu saya laksanakan. Hutang PTPTN masih banyak belum dijelaskan. Duit poket untuk ibu ayah.. Emm..

Dan setiap kali saya memikirkan tentang kerja dan melihat anak saya, saya akan menangis. Saya berdoa kepada Nya agar ditunjukkan jalan agar dapat menyelesaikan masalah saya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat saya. Orang sekeliling tak habis bertanya, kerja di mana? Kerja apa? Membuat saya bertambah pening dan runsing.

Entah macam mana ketika, saya masih sedang mencari kerja di Internet, hati saya tergerak untuk mencari doa murah rezeki.

Dan ini yang saya temui:

  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas


- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid









Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)



Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)







Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).



Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.

Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Dan setiap kali itu saya akan nangis.. (Nangis lagi.. Biasalah ratu air mata. Mak saya slalu pesan, kalau doa minta sesungguh hati. ) Jadi setiap kali saya baca doa berserta maknanya, saya akan nangis. Dalam hati berkata, hanya kepada engkau aku memohon pertolongan, sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Lebih memahami masalah ku. Tiada yang lebih mengetahui.

Dan tidak sampai sebulan, saya mendapat jawapan. Dibukakan jalan. Tidak semena-mena tawaran untuk memulakan perniagaan ini bermula. Tawaran yang tak pernah terlintas dalam fikiran.

Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.

Moga2 amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat2 yang lain. Ingat, jika ada rezeki lebih nnt, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita. Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...