Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 10 January 2012

Biar pilu, ibu reda

KUALA LUMPUR: “Hati ibu mana tak terguris melihat anak kesayangan dalam keadaan begitu. Apapun, saya reda dan paling penting saya perlu terus berjuang mencari pendapatan bagi menampung kehidupan kami.
“Apa yang saya kesalkan ialah tindakan pihak tertentu menggunakan nama anak saya untuk mengutip derma sedangkan kami tidak terima satu sen pun hasil sumbangan orang ramai selepas akaun bank ditukar kepada individu lain,” kata Mastura Ismail, 39, ibu tunggal yang terpaksa menerima hakikat anaknya cacat penglihatan seumur hidup selepas terjatuh di rumah pengasuhnya tahun lalu.

Katanya, sebagai ibu, dia tetap berusaha sehabis daya mencari sumber kewangan bagi menampung kos perubatan anaknya yang disahkan buta akibat kecederaan serius pada saraf berhampiran otak.

Dia yang bertugas sebagai guru di taman bimbingan sebelum ini terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak tunggalnya itu, Muhammad Aliff Abdullah, 16 bulan.


“Aliff bukan saja tidak dapat melihat, malah pemeriksaan lanjut doktor mendapati dia mungkin lumpuh separuh badan selepas bahagian kanan tidak berfungsi seperti kanak-kanak normal biarpun menjalani fisioterapi setiap minggu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...