Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 10 January 2012

Karpal: Calon DAP hanya tandingi satu kerusi


Setiap calon DAP akan hanya bertanding di satu kerusi pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh.

Beliau berkata amalan baru itu bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika dia memenangi kerusi yang ditandingi.
"Tiada lagi dua kerusi, tidak seperti masa kami, kami dulu tidak mempunyai calon yang mencukupi. Sekarang keadaan sudah berubah, kami mempunyai ramai calon dan kami mesti beri peluang kepada yang lain. Saya ambil serius isu ini, tiada lagi kerusi berganda dalam DAP," katanya pada sidang media di pejabatnya, di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun kata Karpal, keputusan itu tidak meliputi  Sabah dan Sarawak memandangkan DAP tidak mempunyai ramai calon di kedua-dua negeri berkenaan.

Ditanya sama ada parti lain dalam pakatan pembangkang akan melakukan perkara serupa, beliau berkata: "Kami (DAP) tidak boleh campur tangan dengan pakatan, tetapi pakatan wajar mencontohi jejak langkah DAP."

Katanya walaupun beliau tidak boleh mendesak rakan sekutu DAP dalam pakatan melaksanakan langkah itu, perkara tersebut akan dibangkitkannya pada mesyuarat bulanan jawatankuasa eksekutif pusat bulan depan.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...