Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 12 January 2012

Ujian Hidup ? bersabar lah sayang

Kasih Sayang Allah


Setiap individu yang hidup pasti tidak lepas didatangi ujian di dalam hidup. Sebagai seorang muslim yang yakin akan ketentuan Allah, kita wajib menyakini bahawa setiap ujian dan cabaran yang mendatangi diri kita akan sentiasa ada hikmah di sebaliknya. Ujian dan dugaan inilah adalah bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya.
Alangkah istimewanya kita apabila pencipta kita sendiri menunjukkan kasih sayang kepada kita.

Di dalam surah Al-Fijr ayat 15-17 mengatakan bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang dikurniakan

Allah tidak bermaksud Allah redha dengan kita dan setiap dugaan itu bukan bermaksud kehinaan dari Allah. Semuanya hanyalah membuktikan kasih sayang Allah kepada mekhluk ciptaanNya.

Kerana kita pasti akan mendekatkan diri kita dengan Allah setiap kali kita ditimpa masalah. Hadis ada meriwayatkan bahawa Allah sangat merindukan hambaNya berdoa dan meminta kepadaNya. Kita hanya perlu meminta,nescaya Allah akan kabulkan.

Ibn Qayyum mensyarahkan bahawa dalam ayat 15-17 surah ijni, terdapat dua golongan yang diturunkan ujian oleh Allah :

golongan pertama diuji dengan kenikmatan manakala
golongan kedua dimuliakan dengan diberi ujian  dan dugaan.

Apa yang penting dalam kehidupan kita ialah kita sentiasa bersabar dan sentiasa bermuhasah diri. Setiap yang beriman itu pasti akan ditimpa ujian. Cuma bentuk ujian yang diterima akan datang dalam bentuk yang berbeza-beza mengikut kemampuan dan iman seseorang.
Riwayat hadis :

`Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah  :Siapakah orang yang paling berat cubaannya?
Baginda menjawab:` Di antara orang –orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekiranya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa setiap hamba selagi hamba itu berpijak di bumi dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya (Riwayat Tarmizi)


Ujian yang hadir menjadi kayu pengukur keteguhan iman seseorang selain bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hamba yang dipilihNya. Bertuahlah hamba yang yang dipilih oleh Allah itu.
Sebagai hamba kita sepatutnya bersyukur kerana Al Khaliq kita masih kasih kepada kita setelah melakukan pelbagai kesalahan dan kerosakan di muka bumi ini.

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya ada berkata bahawa bala dan ujian merupakan pelita kepada orang arif, menjadi penyedar kepada orang murtad, membaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang alpa.

Penyelesaian kepada semua ini hanyalah doa. Doa adalah senjata orang mukmin. Oleh itu, sentiasalah berdoa supaya setiap ujian dan cabaran yang dihadapi mampu dihadapi dan berdoalah supaya Allah menunjukkan cahaya di hujung setiap masalah yang dihadapi.


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Al Hakim di dalam kitabnya yang berasal dari Ali :

‘’Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi’’ sangatlah istimewa doa dari setiap mukmin itu.

Sebagai renungan bersama hanyatilah setiap ayat di bawah dengan hati. Janji Allah dalam sabda Rasulullah:


‘’Tiada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukan sebagaimana pohon-pohon yang menggugurkan daunnya’’ (Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...