Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 10 January 2012

6,270 pencarum daftar haji


JAMIL KHIR (kiri) menerima cenderahati daripada Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Datuk Seri Abi Musa Asa’ari Mohamad Nor pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1432H, semalam.
KUALA LUMPUR : Seramai 6,270 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mendaftar untuk menunaikan haji melalui skim baru diperkenalkan kerajaan sejak pendaftaran dibuka 2 Januari sehingga kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada pencarum yang tidak mahu melepaskan peluang melaksanakan Rukun Islam ke-5 itu.
“Ini satu perkembangan baik apabila ramai berminat mendaftar menggunakan akaun kedua KWSP dan ia dilakukan tanpa perlu menyediakan apa-apa bayaran kerana skim itu sudah dijamin kerajaan.
“Melalui kaedah ini juga, wang pencarum terbabit masih kekal dalam akaun KWSP tanpa dipindahkan ke Tabung Haji dan mereka boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji,” Katanya pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1432H di sini, semalam.

Sebelum ini, kerajaan melalui Bajet 2012 membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan akaun kedua mereka sebagai permulaan pendaftaran haji dengan jumlah simpanan minimum RM1,300.

Sementara itu, Jamil berkata, pihaknya juga akan memohon menambah jumlah kuota haji tahun ini dengan kerajaan Arab Saudi melalui mesyuarat dijadualkan April ini berikutan peningkatan jumlah mereka yang memohon mahu ke tanah suci itu.

Selain itu, katanya, jemaah haji tahun ini juga dijangka boleh menggunakan perkhidmatan kereta api disediakan kerajaan Arab Saudi yang sebelum ini tidak dibenarkan disebabkan perkhidmatan terbabit masih belum siap sepenuhnya dan boleh menyukarkan jemaah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...