Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 28 January 2012

kes murtad yang perlu disegerakan ...

Bincang tindakan

KUALA LUMPUR: Tindakan bersesuaian akan dikenakan terhadap mana-mana pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta yang menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan menukarkannya kepada wang tunai untuk kegunaan lain.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung sebarang laporan polis mengenai penyelewengan baucar buku bernilai RM200 berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan bersesuaian.

Menurutnya, pelajar tidak seharusnya menyalahgunakan bantuan diberi kerajaan, kerana baucar itu bertujuan memberi kemudahan dan kebaikan kepada mereka terutama untuk pembelajaran, bukan sebaliknya menjual pada harga lebih murah bagi mendapatkan wang tunai.
“Penuntut atau pelajar janganlah salah guna bantuan yang diberikan kerajaan, baucar itu untuk kemudahan mereka membeli buku bukan untuk ditukar kepada wang tunai.

“Bila ada laporan menyatakan baucar berkenaan dijual segelintir penerima untuk mendapatkan wang segera, kita akan siasat dan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan baucar berkenaan, kita akan tengok apa bentuk tindakan yang boleh diambil,” katanya selepas menghadiri Program Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid di Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri, Cheras, semalam.

Khalid berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menentukan apa bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang menyalahgunakan baucar berkenaan.

yang ni aper citer ....

Pelantikan AC Mizal dipertikai

IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.
Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.


“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mana ader free lagi

Parkir di HKL bakal dicaj

KUALA LUMPUR: Pelawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) bakal dikenakan bayaran bagi tempat letak kereta selepas tender syarikat pengurusan baru dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini, pelawat tidak perlu membuat bayaran untuk meletak kereta di hospital terbabit sejak HKL mengumumkan parkir percuma pada 16 Disember lalu.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata bayaran akan dikenakan ketika pelawat meletak kereta di HKL selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan tender nanti.
“HKL mengenakan bayaran letak kereta untuk pelawat sejak dulu. Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan bayaran bermula belum diketahui kerana diuruskan KKM,” katanya.

Sementara itu, Ng Kian Chai, 58, berkata pengecualian sementara bayaran parkir ketika ini banyak meringankan bebanannya kerana perlu menjaga anak perempuan, Tian Shan, 24, yang mendapatkan rawatan di hospital terbabit sejak Oktober lalu.

Menurutnya, dia pernah membayar RM20 untuk meletak keretanya di hospital terbabit ketika meluangkan masa sehari menjaga anaknya di wad.

Sebelum ini, pelawat perlu membayar RM1 untuk tiga jam pertama atau sebahagiannya dengan bayaran maksima RM10 sehari untuk jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Manakala pelawat perlu membuat pembayaran RM2 untuk masuk sekali sekiranya meletak kereta di HKL di antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Thursday 26 January 2012

Defisit pertama Jepun selepas 31 tahun


TOKYO 25 Jan. - Jepun berkata negara itu telah mengalami defisit perdagangan tahunan pertamanya selepas 31 tahun ekoran bencana alam yang melanda pada Mac lalu selain pengukuhan Yen yang menjejaskan eksport serta peningkatan harga minyak yang mendorong kenaikan bil import.
Ia mencatat defisit barangan sebanyak 2.49 trilion Yen, kata menteri kewangannya.
Nilai import pula meningkat 12 peratus berbanding 2010 terutama sekali bagi minyak mentah dan gas cecair asli (LNG) sementara eksport jatuh 2.7 peratus diterajui automobil, semi konduktor dan komponen-komponen lain.
Selepas bangkit daripada kehancuran semasa Perang Dunia Kedua, Jepun membina negara tersebut sebagai sebuah ekonomi perdagangan dan menikmati lebihan perdagangan yang berterusan disokong oleh eksport kenderaan pada harga kompetitif, barangan elektronik serta pelbagai produk lain.
Bagaimanapun, negara tersebut mengalami kerugian teruk pada 2011 selepas bencana alam gempa bumi dan tsunami memusnahkan rangkaian bekalan selain menyebabkan kilang nuklearnya mengalami kerosakan sekali gus memaksa negara tersebut mengimport minyak bagi menjana kuasa.
Krisis hutang Eropah juga turut memperlahankan ekonomi global dan menyebabkan pedagang terburu-buru menyelamatkan Yen yang mengakibatkan kenaikan mata wang tersebut, sekali gus menjejaskan pengeksport Jepun.
Kali akhir Jepun mencatat defisit perdagangan adalah pada 1980 apabila negara yang miskin sumber asli itu terasa bahang daripada krisis minyak kedua dan import melebihi eksport sebanyak 2.6 trilion Yen.
Pada 2010, negara matahari terbit itu merekodkan lebihan dagangan sebanyak 6.6 trilion Yen tetapi pada 11 bulan pertama ia telah mencatat defisit sekitar 2.3 trilion Yen.
"Ia adalah tahun paling teruk yang pernah dialami oleh perdagangan Jepun sejak 1980. Ia disebabkan oleh eksport yang merudum dan dalam masa yang sama peningkatan eksport yang mendadak apabila negara perlu mencari tenaga alternatif. Perdagangan menuju ke arah yang negatif di kedua-dua hala, " kata Pakar Ekonomi Daiwa Institute of Research, Satoshi Osanai.
Permintaan Jepun bagi minyak dan bahan api lain tidak melihatkan sebarang penurunan dalam tempoh terdekat dan Osanai menjangkakan harga bagi sumber-sumber tersebut akan kekal tinggi, sekali gus mencetuskan impak yang sangat negatif.
Pengukuhan Yen berbanding Dolar Amerika juga mengulangi sejarah yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua pada 2011 dan kekal untuk menghampiri paras tertingginya turut menyumbang kepada penurunan kos import bagaimanapun memberi kesan negatif yang lebih besar kepada eksport.
Pakar Ekonomi UBS, Daiju Aoki memberi amaran bahawa Jepun bakal mengulangi rekod perdagangan defisit.
"Apabila negara semakin berusia, keupayaan pengeluarannya akan menurun dan ini akan menjejaskan kekuatan eksportnya.
Jepun diramal meneruskan defisit perdagangan pada satu jangka masa yang panjang, ia mungkin akan kembali ke landasan yang betul pada tahun ini atau 2013 tetapi 'penderitaan' akibat defisit akan terus dirasai, " katanya lagi. - AFP

rakyat dalam bahaya

  • “Secara logik, magnet berfungsi menarik bahan berasaskan logam, tetapi jika dipasang pada seluar dalam kononnya boleh memanjangkan zakar, itu tidak betul,” kata pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.
  • Menurutnya, apa saja produk kesihatan termasuk yang boleh menguatkan tenaga batin perlu mendapat kelulusan doktor atau penyelidik bertauliah, bukannya dakwaan penjual.

  • “Apa yang saya kesal apabila berlaku kes penipuan, sudah tentu penjual menghilangkan dan pengguna mencari pengilang, tetapi mana hendak cari kerana nama pengilang pun tidak tahu.

  • “Memang benar ada beberapa produk dari luar negara terbukti berkesan namun keputusan itu bergantung kepada nasihat dan pemantauan doktor bertauliah, bukan penjual atau tabib yang mendakwa mereka pakar dan boleh merawat alat kelamin,”
  • “Kita perlu ambil tahu kerana zaman sudah berubah dan lebih mudah mendapat maklumat. Kita tidak lagi boleh menggunakan ubat atau cara tradisi yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya.

  • Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan promosi pengeluar produk kesihatan sebaliknya merujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan produk itu berdaftar atau tidak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Peralatan Perubatan, Mohd Amin Yaakob berkata pengguna tidak seharusnya terpedaya janji manis syarikat pengeluar kerana ia mungkin boleh membahayakan kesihatan.

Monday 16 January 2012

Majlis Fatwa haramkan 'bank susu ibu'


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa cadangan penubuhan bank susu ibu adalah haram.

Ini kerana tindakan itu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” kata kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dan dipetik akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu mengakui bahawa tabung susu itu diperlukan bagi bayi pra-matang yang memerlukan rawatan dan juga bayi yang ibunya kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi.

Bagaimanapun muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Bagaimanapun menurut laporan dalam Berita Harian itu kecualian diberikan  dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan.

Muzakarah juga memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

Jabatan Penjara nafi guna kekerasan ke atas banduan


Jabatan Penjara menafikan dakwaan warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat dalam satu kejadian 4 Januari lalu.

Ketua Seksyen Dasar Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, hanya empat banduan dan dua petugas mengalami cedera ringan dalam bentuk calar dan telah diberi rawatan di klinik penjara itu.

"Begitu juga tiada kejadian memukul berlaku selepas banduan berkenaan telah dapat dikawal dan dimasukkan ke bilik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita pada Rabu lalu yang mendakwa kekerasan berlebihan diguna bagi mengawal banduan terbabit yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemeriksaan ke atas diri dan sel mereka.

Supri berkata, ketegangan itu berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit dan telah dapat dikawal oleh 10 anggota yang bertugas.

Sementara itu, Lembaga Siasatan Jabatan Penjara telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut, dan laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Batu Arang pada 5 Januari bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan.

"Jabatan Penjara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang bertindak melakukan kekerasan di luar dari batasan peraturan yang ada,” katanya.

- Bernama

'Jangan heret saya dalam perkelahian politik'


Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

NONE"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.

Iskandar Malaysia mula beri hasil



KUALA LUMPUR - Iskandar Malaysia (IM) kini diambang mencapai "paras peralihan" pada tahun ini dan tahun depan berikutan selesainya peningkatan pemangkin utama dan peningkatan infrastruktur, demikian menurut HwangDBS Vickers Research.

Syarikat penyelidikan itu berkata Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura baru-baru ini menelurkan perbincangan yang berhasil bagi meningkatkan kerjasama dua hala, yang boleh membantu mempercepatkan kemajuan pembangunan keseluruhan koridor ekonomi.

"Kami percaya harga hartanah Singapura yang terus kekal tinggi dan peningkatan duti stem terbaharu akan mendorong kepada limpahan permintaan bagi
mendapatkan hartanah di IM," katanya.

Syarikat itu berkata perundingan dua hala yang berjaya antara Malaysia dan Singapura akan meningkatkan lagi prospek bagi Iskandar Malaysia.

"Kumpulan kerja kerjasama perindustrian kemungkinan menjadi perangsang kepada lebih banyak pelaburan oleh para pelabur Singapura di IM dan kemungkinan menjadi penjana pemangkin," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sejak 2006, IM telah menerima komitmen pelaburan bernilai RM84.78 bilion, yang melepasi sasaran awalnya.

Dengan itu, HwangDBS mengekalkan saranan "pegang" terhadap saham UEM Land iaitu pemaju utama Nusajaya, yang merupakan pemacu utama IM, dengan harga sasaran RM2.30.

"UEM Land akan menjadi penerima manfaat terbesar peningkatan hubungan dua hala antara kedua-dua negara jiran itu kerana syarikat itu adalah pemilik tanah terbesar di IM, dengan memiliki kawasan seluas 4,451.54 hektar di Nusajaya," katanya.

DRB-Hicom beli 42 peratus ekuiti Proton


KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad akan melupuskan pegangannya sebanyak 42.74 peratus dalam Proton Holdings Berhad kepada Kumpulan DRB-Hicom pada harga pertimbangan RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan DRB-Hicom juga akan membeli saham-saham berbaki yang belum lagi dimiliki oleh syarikat itu pada harga pertimbangan RM5.50 sesaham.

Kumpulan  yang mempunyai kaitan dengan taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mampu mewujudkan sinergi dan peluang perniagaannya dan Proton mengembangkan program vendor tempatan.
DRB-Hicom berkata, cadangan itu dijangka tidak memberikan kesan kepada pendapatan dan pendapatan sesaham DRB-Hicom untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac ini memandangkan cadangan itu dijangka selesai dalam suku kedua 2012.
“Cadangan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan kerana Proton telah pun sedia menjana pendapatan.” katanya.
Dalam pada itu, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan menjual 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat dengan harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata, keputusan itu dibuat berikutan perbincangan dan penilaian terperinci pelbagai cadangan memastikan  proses itu diteliti, nilai kewangan yang wajar telah diterima dan pemegang saham baru yang  boleh membawa syarikat pembuat auto nasional itu ke peringkat pertumbuhan strategik seiring aspirasi perindustrian sektor automotif nasional.
Penjualan itu masih lagi tertakluk kepada kelulusan pemegang saham DRB-Hicom.
“Sebaik selesainya perjanjian jual dan beli, DRB-Hicom perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton,” katanya.
Pengarah Urusan Khaza­nah, Tan Seri Azman Mokhtar berkata, menurut penilaian menyeluruh, cadangan itu menawarkan strategi perniagaan jelas dan boleh dilaksanakan, DRB-Hicom telah dikenal pasti sebagai pihak paling sesuai untuk mengambil alih kepentingan dalam Proton.
“Cadangan DRB-Hicom turut memperlihatkan penglibatan menyeluruh syarikat dalam sektor automotif dan rangkaian kerjasama strategik, tempatan dan antarabangsa.
“Cadangan strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom menyediakan platform efektif bagi meningkatkan kemampanan Proton dan memenuhi keperluan pertumbuhan jangka panjang selain turut mengemukakan harga tawaran boleh diterima kepada Khazanah,” katanya.
Pengumuman oleh cabang pelaburan kerajaan itu sekali gus menjawab segala persoalan mengenai pihak yang akan mengambil alih kepentingan besar dalam syarikat pembuat auto negara itu bagi memacu syarikat berkenaan ke arah kejayaan yang lebih hebat.

PRU: Janji PR hapus cukai pendapatan bawah RM5,000

 

KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pendekatan tersebut lebih memudahkan rakyat berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
“Saya merasakan tindakan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah membebankan. Oleh itu saya cadangkan agar Perdana Menteri, letakkan dasar supaya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dikecualikan cukai pendapatan.
“Tak perlu mengisi borang, mendengar ucapan menteri dan dapatkan tandatangan penggawa dan sebagainya, ini membuang masa, kaedah pengecualian cukai pendapatan saya rasa lebih sistematik,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, hari ini.
Majlis perasmian projek usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara- Timur Urban Development Sdn. Bhd. (ST) itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas mengenai cadangannya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada rakyat Kelantan, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mengenal pasti individu terlibat.
Menurutnya, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.
“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya.
Beliau bagaimanapun menolak dakwaan ia dibangkitkan sebagai modal politik, sebaliknya menyuarakan perkara itu sejak enam bulan lalu, namun tidak mendapat perhatian.

Keputusan kes mutaah bekas menantu Taib Mahmud 31 Jan


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 31 Januari ini untuk membuat keputuskan berhubung beberapa permohonan dalam kes tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta yang difailkan bekas menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz A. Majid.

Ketua Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Saadiah Din yang mewakili Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie.

Beliau turut memberi tempoh seminggu kepada Shahnaz untuk memasukkan hujah terakhir. Antara permohonan yang difailkan Shahnaz, 49, dalam tuntutan mutaah yang bermaksud saguhati selepas perceraian itu ialah permohonan notis tunjuk sebab terhadap bekas  suaminya, Mahmud Abu Bekir, 49, yang didakwa telah mengingkari perintah mahkamah.

Pada 31 Januari itu juga, mahkamah akan membuat keputusan permohonan anak sulung kepada Ketua Menteri Sarawak itu untuk mengenepikan notis tunjuk sebab itu.

Di luar mahkamah, Saadiah memberitahu pemberita bahawa Shahnaz mengemukakan bantahan terhadap peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang turut mewakili bekas suaminya. Ini kerana Zainul Rijal merupakan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dibimbangi akan berlaku konflik kepentingan jika beliau mewakili Mahmud Abu Bekir dalam kes itu.

Sementara itu, Mohd Rafie berkata pihaknya menghantar sapina kepada tujuh saksi termasuk Abdul Taib dua minggu lepas untuk memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah tersebut.

Shahnaz, kakak Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid, turut menfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta terhadap Mahmud Abu Bekir.

Pada 5 Ogos lalu, Shahnaz memperoleh kebenaran bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Mahmud Abu Bekir mengapa bekas suaminya itu tidak boleh dikenakan tindakan selepas didakwa mengingkari perintah mahkamah.

Perintah itu adalah untuk Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan, menzahirkan semua dokumen berkaitan harta miliknya termasuk akaun simpanan bank, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penyata cukai dan penyata kewangan bulanan atau tahunan.

Jika gagal berbuat demikian, beliau boleh disabit dan dikenakan hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000.

Antara lain, Shahnaz menuntut beberapa rumah, beratus hektar tanah di Sarawak dan di Bukit Tunku di sini serta beberapa kereta mewah diisytiharkan sebagai harta sepencarian.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan penceraian Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz dengan talak satu.

Pasangan itu, yang berkahwin pada 9 Januari 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 19. - Bernama
 

NFC nafi guna kad kredit biaya peribadi RM600,000


SHAH ALAM - Pengurusan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) menafikan empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil membelanjakan RM593,500 pada 2009, dengan kad kredit yang wangnya berpunca dari dana NFC, untuk tujuan peribadi.
Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, kad-kad kredit yang dimaksudkan adalah kad korporat dan bagi tujuan pembangunan bisnes.
"Tiada perbelanjaan peribadi sebagaimana didakwa. (Sebenarnya) Perbelanjaan pembangunan bisnes oleh empat pengarah menggambarkan magnitud jualan berjuta ringgit," katanya sambil menegaskan, fakta-fakta berkenaan ada pada pihak berkuasa.
Dilihat sebagai usaha memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu daging NFC, pagi tadi PKR membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, empat ahli keluarga Shahrizat membelanjakan RM593,500 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
Kelmarin, Najib mengumumkan keputusan membekukan aset NFC.
Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.
Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail iaitu Pengerusi Eksekutif NFC, Shahinur Izmir sendiri, seorang lagi anak mereka, Wan Shahinur Izran yang memegang jawtaan Ketua Pegawai Eksekutif dan anak perempuan mereka, Wan Izzanah Fatimah, yang merupakan pengarah.
“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi.
Katanya, aktivis PKR akan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit itu yang didakwa melampaui batas.
Mengulas lanjut isu melibatkan NFC, Shahinur Izmir berkata, pihaknya dalam masa yang sesuai akan tampil menjelaskan dakwaan-dakwaan yang telah menjejaskan persepsi rakyat terhadap syarikat itu.
"Sebagai permulaan, tidak di mana-mana bahagian dan tidak pada bila-bila masa, Ketua Audit Negara dalam laporan 2010 menyatakan bahawa NFC berada dalam kepincangan.
"Perkataan kepincangan tidak pernah digunakan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
"Jelas ini adalah satu lagi bentuk dakwaan dibuat dengan maklumat palsu dan berniat jahat," katanya lagi.

Pelajar hilang dipercayai dilarikan kawan



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dilaporkan hilang hampir tiga minggu lalu dipercayai dilarikan rakan perempuan yang baru dikenalinya di sebuah siber kafe di Jalan Ipoh, di sini.

Norish Aunie Niesa Mohd Nizam, 13, dilaporkan keluar rumah pada 29 Disember tahun lalu untuk ke kafe siber bersama adik lelakinya sebelum didatangi rakan yang dikenali sebagai Ija dan beberapa lelaki lain sebelum mereka menghilangkan diri.
Ibu mangsa, Nor Salinda Salleh, 33, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu sehingga kini gagal dikesan dan percaya rakan perempuan yang baru dikenali anaknya menjadi dalang utama kehilangan Norish Aunie.
“Lebih mengejutkan, pada hari kehilangan Norish Aunie, rakan karib saya menerima panggilan daripada seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Ija, namun menggunakan nombor telefon Norish Aunie yang memaklumkan beliau membawa keluar anak saya untuk menyambut tahun baru di ibu negara.

“Ketika kawan saya meminta untuk bercakap dengan Norish Aunie sendiri, perempuan berkenaan tidak membenarkan dengan alasan takut dimarahi sebelum memutuskan talian.

“Hati saya kuat mengatakan ada sesuatu perkara buruk berlaku kerana selama ini Norish Aunie tidak pernah keluar bersama rakannya,” katanya.
Komen Anda

Latihan kerja pembantu rumah 200 jam dipantau

 
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan memantau dari semasa ke semasa sesi latihan kerja wajib selama 200 jam yang diikuti lebih 50,000 pembantu rumah warga Indonesia sebelum dihantar bekerja ke negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, selain menghantar pegawai kementerian itu, proses pemantauan juga dilakukan Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan untuk pengambilan pembantu rumah asing itu.
“Pemantauan itu perlu bagi memastikan modul yang diberikan dipatuhi dan dapat diikuti warga Indonesia yang mahu bekerja di negara ini.
“Prestasi peserta latihan akan menjamin sama ada mereka akan memperoleh Sijil Kemahiran Kompentensi dan seterusnya berpeluang mendapat kerja, ” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam memaklumkan kumpulan pertama pembantu rumah warga Indonesia dijangka dibawa masuk ke negara ini mulai akhir Februari ini atau awal Mac.

Sebelum ini, Indonesia membekukan kemasukan amah ke Malaysia sejak Jun 2009 berikutan beberapa kes penderaan dan penganiayaan terhadap pembantu rumah negara itu.

Bagaimanapun, hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Perundingan Tahunan Malaysia Indonesia kali ke-8 di Lombok, Indonesia, tahun lalu, keputusan itu ditarik balik.
Maznah berkata, latihan menumpukan beberapa aspek termasuk kerja asas pembantu rumah seperti mencuci, menjaga bayi, menggunakan peralatan elektrik dan mengenali serta memahami budaya masyarakat di negara ini.

Mengenai gaji, katanya, kerajaan tidak pernah bersetuju dengan sebarang kadar gaji, sebaliknya memberi kelonggaran kepada majikan untuk berbincang dengan pekerja berhubung perkara itu.

“Tidak jadi masalah sebanyak mana gaji yang diberi dengan syarat ia dipersetujui majikan dan pembantu rumah,” katanya.

Beliau mengingatkan majikan supaya mendapatkan khidmat 121 agensi pekerja asing yang dipilih kementerian kerana kos yang ditetapkan adalah RM4,511 termasuk RM2,711 ditanggung majikan dan RM1,800 ditanggung pekerja itu.

Iskandar Malaysia tidak terjejas krisis kewangan



NUR Jazlan Mohamed (empat, kanan) bersama penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia menunjukkan baucar RM500 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru, Johor, semalam.


JOHOR BAHRU 15 Jan. - Pembangunan di Iskandar Malaysia tidak akan terjejas, sebaliknya terus menerima pertambahan pelaburan meskipun dunia kini dilanda krisis kewangan serius.
Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Iskandar Malaysia akan terus berkembang pesat kerana kemajuan wilayah itu turut dibantu jiran terdekatnya iaitu Singapura.
"Singapura turut terlibat dalam pembangunan Iskandar Malaysia dan mereka mempunyai objektif yang sama iaitu untuk melihat kejayaan pembangunan wilayah berkenaan.
"Kejayaan Iskandar Malaysia secara tidak langsung akan memastikan keselamatan ekonomi Singapura. Jika terdapat kemakmuran ekonomi di selatan Johor, maka ekonomi mereka juga akan terus berkembang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 200 orang yang berkelayakan daripada jumlah keseluruhan iaitu 2,794 orang menerima bantuan berkenaan manakala selebihnya akan menerima bantuan secara berperingkat.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kos untuk menjalankan perniagaan di Singapura adalah sangat tinggi dan kebanyakan ahli perniagaan mereka lebih berminat menjalankan perniagaan di sini ekoran kosnya lebih rendah.
Beliau berkata, kos pembelian hartanah di republik itu adalah tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi berbanding di negara ini.
"Jika mereka berpindah ke sini, peluang pekerjaan bagi rakyat kita akan bertambah dan mereka tidak perlu lagi berulang-alik ke Singapura untuk bekerja di sana," katanya.

RM20.2 juta bantu anak angkat


KUALA LUMPUR 15 Jan. – Yayasan SP Setia membelanjakan RM20.2 juta sejak tahun 2000 menerusi Program Anak Angkat Setia (SAP) bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan pendidikan tanpa mengira kaum dan agama.
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bantuan itu disalurkan kepada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi.
“Selain yuran pengajian, anak angkat yayasan ini juga menerima perbelanjaan harian untuk penginapan dan makanan. Setakat ini, seramai 11 anak angkat yayasan ini sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 di sini semalam.
Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan SP Setia, Tan Sri Aseh Che Mat; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan SP Setia, Datuk Liew Siong Sing dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya, Johor Bahru, Rohaidah Suradi.
Majlis itu bagi meraikan 190 anak angkat Yayasan SP Setia yang memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Seramai 43 anak angkat yang mendapat semua A diberi Anugerah Paling Cemerlang beserta wang tunai RM200, 42 orang mendapat Anugerah Cemerlang beserta RM150 dan 105 diberi Anugerah Prestasi Paling Meningkat bersama RM50.
Setiap murid juga menerima sebuah kamus dwibahasa dan buku motivasi sebagai hadiah.
Tambah Lam Thye, dalam masa 10 tahun, 1,802 pelajar telah berjaya menerima anugerah kecemerlangan.
Pada majlis itu, Lam Thye turut menyampaikan anugerah kepada 20 guru dan tiga sekolah iaitu SK Taman Daya, Johor Bahru; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kong Nan, Batu Pahat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Palaniandy, Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan dalam program tersebut.
Anak angkat dari SK Bintong, Kangar, Nur Irdiena Fatihah Sabri, 13, mengucapkan terima kasih kepada Yayasan SP Setia kerana membantu meringankan tanggungan beban ibu bapanya.

Khairul Fahmi ceburi bisnes



Khairul Fahmi Che Mat (kanan) bertukar dokumen dengan Mohd. Badri Osman pada pelancaran syarikat Khairul Fahmi Resources Malaysia Sdn. Bhd. di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 15 Jan. - Selepas menempa nama dalam arena bola sepak negara, penjaga gol terbaik Asia, Khairul Fahmi Che Mat, 22, melangkah setapak apabila menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat, Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd. (KFR).
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex berkata, idea untuk menubuhkan KFR dicetuskan oleh beliau sendiri dan sebahagian perancangan jangka panjangnya sebelum bersara daripada sukan bola sepak, suatu hari nanti.
"Ini adalah sebagai perancangan masa depan saya. Untuk makluman KFR ini akan diuruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kakitangan sokongan yang dilantik. Penubuhan syarikat ini tidak akan menjejaskan karier bola sepak saya.
"Sebagai permulaan, KFR menumpukan kepada produk pelancongan. Untuk itu, kita telah menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel Sdn. Bhd. yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran syarikatnya di Hotel Sutera Inn di sini hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Rakyat Travel, Mohd. Badri Osman dan CEO KFR, Mohd. Fauzi Abduri.
Serentak dengan pelancaran syarikat berkenaan, tunggak utama The Red Warriors itu turut melancarkan kelab peminatnya iaitu Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KFCM).
Mengulas mengenai KFCM, beliau memberitahu, penubuhan kelab itu bertujuan merapatkan hubungan antara beliau dan peminatnya di seluruh negara.
"KFCM menawarkan pelbagai pakej menarik untuk mereka yang berminat bermula RM10 hingga RM250. Setiap ahli yang berdaftar akan mendapat baju dan topi eksklusif serta potongan bagi pakej pelancongan yang disediakan oleh KFCM," ujarnya.
Sementara itu, Mohd. Badri berkata, kerjasama tersebut tercetus hasil pelawaan KFR untuk mempromosi jenama Rakyat Travel.
"Kita sememangnya sedang mencari rakan untuk berkongsi kepakaran yang ada. Khairul Fahmi ada jenamanya sendiri dan mempunyai rangkaian yang luas, begitu juga dengan syarikat kami. Kerjasama ini akan membentuk satu gandingan kuat antara kedua-dua pihak," jelasnya.

Persatuan, NGO perlu keluar dari takuk lama - Rosmah


PEKAN 15 Jan. - Setiap persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa supaya keluar dari takuk lama dan bersedia menerima idea-idea yang baru agar dapat mengangkat institusi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program-program yang dianjurkan oleh NGO-NGO kini masih berlegar sekadar dalam kalangan ahli serta yang berkenaan sahaja.
"Justeru langkah ke hadapan yang dirasakan wajar perlu dilakukan dengan terus memperkukuhkan, memperhebatkan dan menambahbaikkan lagi usaha-usaha yang sedia ada.
"Adalah jelas bahawa setiap persatuan dan badan NGO tidak perlu lagi kekal di takuk lama dengan penganjuran aktiviti dan program yang berbentuk rutin," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan dan Badan NGO Parlimen Pekan di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan, Datuk Halimah Hamzah; Pengerusi Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Pekan, Datin Adilah Mohd. Taib dan Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pekan, Datuk Melati Ali.
Seramai 700 daripada 14 NGO dan persatuan yang terdiri daripada keahlian wanita seperti Pertubuhan Perkumpulan Wanita Daerah Pekan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pahang, Persatuan Isteri-Isteri Nelayan dan Puspanita Pekan hadir pada majlis itu.
Rosmah berkata, pemimpin dan ahli-ahlinya perlulah keluar dari zon selesa dan sebaliknya berani berfikir luar daripada jangkauan serta bersedia menerima idea-idea baru.
"Pada pandangan saya, hanya melalui strategi sedemikian, kita akan dapat mengangkat persatuan ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, program dan aktiviti persatuan dan badan NGO juga perlulah dirancang supaya sealiran dengan perubahan semasa.
"Mereka perlulah lebih peka dengam peredaran zaman. Sudah tentu keadaan psikologi dan pertumbuhan minda masyarakat sekarang lebih jauh dengan masa-masa yang lalu," katanya.

Kelantan batal undangan Black ke ‘Ladies Nite 2012’

KOTA BHARU: Selepas menerima kritikan kerana mengundang penyanyi Black Mentor (gambar) bagi program ‘Ladies Nite 2012’ yang dikhususkan untuk wanita, kerajaan negeri akhirnya akur dengan membatalkan undangan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai ulasan diterima terutama komen di facebook. Katanya, pembatalan jemputan terhadap Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 25, diputuskan bagi mengelak ia dijadikan isu.

“Kami juga ingin menghormati pendapat orang ramai dan tidak mahu perkara ini menjadi satu isu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan tindakan kerajaan negeri mengundang penyanyi Black Mentor sempena program itu mengundang kontroversi.

‘Culik’ budaya Sasak

KUALA LUMPUR: “Tiada apa yang menghairankan kerana kaedah ‘culik’ ini memang menjadi amalan suku kaum Sasak di Pulau Lombok ini. Bukan sehari dua, tapi saya difahamkan sudah lebih 15 generasi dari zaman nenek moyang kami mengamalkannya.
“Mengikut adat Lombok, menculik bukannya bermakna mencuri, tapi lebih kepada mengambil. Gadis itu pula bukannya dibawa ke mana-mana, tapi diletakkan sementara di rumah orang berpengaruh dan boleh dipercayai di kampung sebelah lelaki sementara menunggu wakil keluarga pergi berbincang dan menetapkan tarikh perkahwinan,” kata Embar, 49, wakil masyarakat Sasak ketika ditemui di kampungnya di Desa Sade, Rembitan, baru-baru ini.

Katanya, sudah menjadi adat bagi mereka yang tinggal di pulau itu untuk menculik anak gadis sebelum dimaklumkan kepada keluarga dan diijab kabul dengan lelaki pilihan, malah perkara itu amalan kaum Sasak sejak beratus tahun dulu.
Menurutnya, sehingga kini ia masih diamalkan dan di kampungnya terdapat kegiatan ‘menculik’ oleh pemuda yang jatuh cinta dengan gadis dan kemudiannya perbincangan lanjut antara dua keluarga diaturkan sebelum tarikh perkahwinan ditentukan.

“Cuma ketika ini ia semakin moden. Kalau dulu, si lelaki perlu memencilkan diri di dalam hutan untuk upacara ‘menyucikan diri’ kerana dalam tempoh mendapat persetujuan keluarga perempuan, dia perlu bersih daripada dosa.

“Biasanya selepas perempuan diculik dan tidak kembali ke rumah semalaman, keluarganya akan bersetuju untuk dikahwinkan dengan pilihan hatinya selepas melalui proses perbincangan yang biasanya diuruskan kepala desa (penghulu) di sesebuah kampung,” katanya.


Perkara itu turut diakui seorang pemuda tempatan yang mahu dikenali sebagai Awan, 39, yang sudah menculik gadis bagi pihak rakannya sebanyak 10 kali di kampung berkenaan.

Katanya, dia membantu beberapa rakannya yang ingin berumahtangga dengan menculik bakal isteri mereka dan dibawa ke rumah individu berpengaruh di kampung dan kepakarannya itu digunakan pemuda lain yang memintanya melarikan bakal pengantin perempuan.
“Sama ada culik mereka di rumah atau lari mengikut saya berjumpa keluarga lelaki, itu tidak penting kerana mengikut adat di sini, jika sudah mendapat kebenaran ibu bapa, mereka akan disatukan dalam pernikahan,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan mempunyai rahsia tertentu untuk menculik perempuan, Awan yang mencari nafkah dengan melakukan kerja kampung berkata, tiada amalan tertentu untuk melakukan kegiatan itu kerana ia sudah menjadi adat dan sesiapa saja boleh melakukannya.

“Saya sendiri tidak ada kelebihan. Cuma, di sini, ia sudah diterima sebagai adat, jadi tiada masalah untuk menculik kerana masing-masing sudah faham dan menerima adat ini dengan hati terbuka. Paling mudah, jumpa dulu di luar rumah dan terus dibawa lari,” katanya yang mula menculik sejak 1994.

Seorang lagi pemuda, Jali, 40, berkata, selain adat berkenaan, pemuda Lombok juga bijak bermain kata-kata untuk memikat teman wanita menyebabkan mereka bersetuju untuk pulang mengikut teman lelaki seterusnya melangsungkan perkahwinan.

“Kami menggunakan gurindam dan seloka untuk mencairkan hati wanita untuk memikat seseorang sebelum menculiknya.

“Lakukan saja begini. Kalau anda mahu menculik gadis Lombok dan dibawa ke Malaysia, silakanlah,” katanya.

Amalan Merariq perlu diketahui dua keluarga

PIHAK berkuasa agama Indonesia tidak pernah bersekongkol untuk mengesahkan perkahwinan pasangan yang dilarikan dari Malaysia ke republik itu tanpa sebarang dokumen atau kebenaran sah daripada pihak berwajib di negara ini.
Penghulu Kantor Urusan Agama Ampenan, Kota Mataram, Drs Lalu Mukhalil berkata, setiap pengantin yang ingin mendaftarkan perkahwinan mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara itu apatah lagi jika dilarikan dari negara luar.

Katanya, dalam konteks masyarakat Sasak di Lombok, peraturan sedia ada hanyalah disesuaikan dengan adat Merariq, iaitu melarikan pasangan dari rumah keluarga sebelum dimaklumkan bagi tujuan perbincangan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan.

“Kami tidak pernah meluluskan pernikahan dalam bentuk itu (culik tanpa pengesahan). Setiap pemuda Lombok harus mendapatkan kebenaran nikah daripada siapa saja termasuk waris pasangan daripada Malaysia kerana kita mahu mengelakkan kekeliruan berhubung status sah sesuatu perkahwinan.



“Tidak ada istilah mudah di dalam perkahwinan. Perlu ikut peraturan kerana kita tidak mahu berlaku perpecahan dan perceraian pada masa akan datang hanya kerana gagal menguruskan setiap pernikahan dengan baik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Maratam, Lombok, baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai kaedah tertentu dipercayai digunakan pemuda Lombok untuk mendaftarkan perkahwinan dengan gadis Malaysia yang dilarikan ke pulau itu selepas tidak mendapat restu daripada keluarga sebelah isteri.

Katanya, dalam kaedah digunakan di Lombok, perkataan Merariq itu sendiri bermaksud meminta kebenaran untuk melarikan pasangan selain bersepakat untuk melangsungkan perkahwinan dengan tujuan yang baik bagi kedua-dua pihak.

“Itu yang dipraktikkan di sini sejak sekian lama kerana masyarakat khususnya kaum Sasak memang mengamalkan budaya menculik ini sebagai adat dan saya percaya, kes yang berlaku di Malaysia juga dilakukan oleh pemuda Sasak.

“Walau bagaimanapun, sebaik tiba di sini, mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri, perjalanan serta kebenaran nikah daripada negara terbabit. Jika tidak, kita tidak akan proses permohonan itu sebaliknya hanya akan berbuat demikian jika dimajukan bersama dokumen seperti diminta,” katanya.

Dalam kebanyakan kes di Lombok, katanya, mereka yang di bawah umur 21 tahun perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa terlebih dulu sebelum melangsungkan perkahwinan dan jika pasangannya dari Malaysia, kebenaran daripada waris atau penjaga diperlukan.

Mukhalil berkata, dia tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang menjadi dalang di dalam mengeluarkan dokumen palsu bagi membolehkan pasangan mendaftarkan perkahwinan di pulau berkenaan seperti yang berlaku beberapa tahun dulu.

Waktu itu, katanya, kuasa untuk mengiktiraf status penduduk hanya diputuskan ketua kampung sebelum dibawa ke peringkat daerah bagi proses mengeluarkan surat akuan kepada individu terbabit.

“Mungkin ketika itu, mereka mudah mendapatkan kebenaran nikah daripada pihak berkuasa agama kerana mempunyai dokumen seperti dinyatakan, tapi kini, dengan adanya kad elektronik, mereka tidak dapat menipu lagi, sebaliknya perlu melalui prosedur sah,” katanya.

Ditanya mengenai adat Merariq mengikut hukum agama, beliau berkata, amalan masyarakat Sasaq itu sebenarnya tidak salah dari segi hukum kerana tiada unsur negatif, sebaliknya ia berlaku dalam keadaan keluarga saling mengetahui dan membenarkan anaknya diculik bagi tujuan perkahwinan.

Katanya, setakat ini, pihaknya hanya merekodkan satu kes membabitkan rakyat Malaysia dilarikan ke pulau berkenaan yang mempunyai masalah untuk mendaftarkan perkahwinan dengan pihak berkuasa agama, namun ia tidak dapat diproses kerana tidak mempunyai dokumen lengkap.

“Saya nasihatkan kepada si suami supaya bawa pulang isterinya ke Malaysia dan uruskan segala-galanya di sana terlebih dulu. Kita tidak mahu mengambil mudah soal perkahwinan ini,” katanya.

Tipu sampai jadi pengarah


KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan jenayah pemalsuan dokumen bagi membolehkannya beberapa kali naik pangkat dalam tempoh singkat.
Bekas pengarah sebuah agensi kerajaan itu dikatakan memalsukan dokumen kenaikan pangkat bermula dari Gred 48 (memangku) hingga ke Gred 52 dan ke Gred 54 dalam tempoh cuma tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011.

Temberang Datuk berusia 39 tahun itu pecah apabila siasatan melalui profil perkhidmatannya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati surat terakhir yang dikeluarkan bagi perjawatannya hanya setakat pegawai Gred 48 (memangku) saja.

Menurut sumber, Datuk itu yang bertugas di sebuah negeri dikatakan memberi salinan dokumen berbentuk pengesahan lantikan pegawai Gred 48 hingga ke Gred 52, yang kononnya dikeluarkan JPA kepada kerani pejabatnya bagi proses pembayaran emolumen mengikut kelayakan.



“Pada 2009, Datuk berkenaan mendakwa menerima surat daripada ibu pejabatnya di Putrajaya yang memaklumkan dia dinaikkan pangkat dan disahkan jawatan ke Gred 48 serta mengarahkan pegawai di bahagian pentadbiran membuat perubahan gaji.

“Sekali lagi pada tahun sama, dia mendakwa menerima surat daripada ibu pejabat yang memaklumkan dia diarahkan memangku jawatan Gred 52 Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuatkuasa Januari 2010,” katanya.

Mengundur 2km elak dibaham harimau

KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.

Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor ‘pak belang’ muncul sebelum merenung ke arah mereka.

“Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.



“Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan,” katanya.

Keluar kereta disiram asid

TUMPAT: Seorang ejen insurans melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki di Kampung Tendong, dekat Pasir Mas, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Wan Hussin Wan Yusof, 52, dikatakan baru keluar dari kereta untuk ke kedai runcit bagi membeli rokok.
Kakak mangsa, Wan Zaharah, 58, berkata, sebelum kejadian, Wan Hussin mempelawa adiknya, Wan Sulaiman, 48, keluar minum di sebuah kedai kopi berhampiran rumah, namun adiknya itu menolak pelawaan terbabit.

“Wan Hussin kemudian keluar seorang diri menaiki kereta untuk membeli rokok di kedai runcit berhampiran rumah. Tidak lama kemudian, Wan Sulaiman menerima panggilan telefon daripadanya memaklumkan dia disimbah asid dan dibawa orang ramai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).



“Saya dan Wan Sulaiman segera ke HRPZ II untuk melihat keadaan mangsa yang melecur teruk di muka dan badan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Saya bukan jutawan’


IPOH : Raja Pop tanah air, Jamal Abdillah menolak dirinya kini bergelar ‘jutawan’ selepas kerap menerima jemputan menjayakan persembahan besar selain sering menderma kepada golongan yang memerlukan. Sebaliknya dia bersyukur dengan anugerah dan bakat seni yang dikurniakan kepadanya.
Jamal ditemui pada majlis sidang media sempena Konsert Raja Pop Jamal Abdillah di Medan Gopeng, di sini semalam, berkata, dia bersyukur kerana dilimpahi rezeki yang tidak pernah putus. Begitupun, dia tidak menganggap dirinya antara golongan ‘orang kaya’ seperti diuar-uarkan sebaliknya mahu berkongsi rezeki yang diperolehi bersama peminat dan golongan yang memerlukan.

“Boleh dikatakan rezeki saya dalam bidang seni agak murah. Peminat dan karyawan seni masih menghargai serta mengikuti perkembangan karier nyanyian saya. Bakat seni adalah anugerah daripada Tuhan,” katanya.
Anak jati Perak itu bakal menjayakan konsert di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 28 Januari ini. Biarpun sering menjayakan persembahan di beberapa majlis tertutup dan showcase di sekitar Perak, namun konsert berskala besar itu adalah kali pertama buat dirinya selepas 32 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

“Saya berharap semua perancangan dapat berjalan lancar pada hari konsert nanti,” kata Jamal yang menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada beberapa individu yang menghidapi penyakit kanser, golongan kurang upaya dan anak yatim pada majlis itu.

Sumbangan lebih RM3,000 secara keseluruhan pada majlis itu adalah sebagai daripada langkah awal penganjur menyalurkan bantuan amal kepada golongan yang memerlukan. Pada majlis itu Jamal menyerahkan sumbangan kepada remaja berdepan penyakit misteri, Nursafarina Abdul Rahman, Adnan Hashim, Noraida Bukhari (penyakit kanser) dan Rumah Anak Yatim Hawa, Manjoi.

Semua perlu bertegas

KUALA LUMPUR: Kerjasama pihak berkuasa dengan masyarakat sangat penting bagi memastikan lokasi yang berunsurkan maksiat dapat dibendung.
Setiausaha Agung Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Mohd Yusof Sulaiman berkata, pihak berkuasa seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak aktif menguatkuasakan undang-undang manakala anggota masyarakat menyalurkan maklumat.

“Kewujudan pusat urut yang menyediakan khidmat seks memberi kesan buruk kepada masyarakat terutama institusi rumah tangga.
“Jadi saya berharap langkah proaktif dapat dilakukan terutama daripada PBT bagi memastikan kewujudan pusat urut terbabit yang begitu membimbangkan dibendung segera,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai kewujudan lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawar khidmat urut, tetapi seks di sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, dekat sini.

Persaingan menyebabkan 150 wanita tukang urut berebut memancing pengunjung menyebabkan kawasan itu tidak ubah seperti Patpong di Bangkok, Thailand.

Cemburu SMS bawa padah

KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan.

Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan mangsa dengan seseorang lelaki dan ia amat mengejutkan suami mangsa.
Menurutnya, suspek mengejut mangsa yang tidur sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa menafikan ada hubungan dengan lelaki lain dan dan memberitahu semua itu hanya salah faham namun suspek masih tidak berpuas hati dan mendakwa isterinya curang.

“Suspek naik angin dan menumbuk muka mangsa beberapa kali tanpa mempedulikan rayuan mangsa menyebabkan mangsa cedera di muka dan lebam seluruh badan,” katanya.


Menurutnya, lebih kejam, lelaki terbabit duduk di atas badan dan menarik rambut mangsa sebelum keluar rumah.

Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Dipijak enggan lunas RM5,000

 
KUALA LUMPUR: “Kepala saya dipijak bertubi-tubi, badan saya dipukul dan tangan kanan digores dengan pisau,” kata pekerja restoran, Mohd Akhtar, 20 yang diculik sekumpulan gengster selama tiga jam kerana majikannya enggan membayar wang perlindungan RM5,000.
Detik ngeri Mohd Akhtar bermula jam 3 pagi Sabtu lalu selepas terpedaya helah dua ahli kumpulan gengster terbabit yang meminta pertolongannya, kononnya kenderaan pacuan empat roda milik mereka yang diletakkan depan restoran di Jalan Ipoh, di sini, rosak.

“Saya mengekori mereka ke kereta, tapi sebaik sampai, saya ditolak masuk ke dalam kereta. Ada seorang wanita dalam kereta itu dan mungkin dia ketua mereka.
“Mereka mengacukan pisau dan memberitahu mahu membunuh saya jika majikan tidak mahu membayar wang perlindungan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia diarah menghubungi majikannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Ramzan, 35, selain diberi tempoh lima minit untuk menyerahkan wang. “Sekiranya gagal mereka akan membunuh saya, tapi majikan enggan memberikan wang menyebabkan mereka memecut kereta dan membawa saya ke sebuah rumah.

“Selepas lebih tiga jam diseksa, mereka menarik saya masuk ke dalam kereta sebelum mencampak saya di depan sebuah pusat beli-belah di Kepong pada jam 6 pagi,” katanya. Mohd Akhtar meminta bantuan seorang lelaki yang berada di kawasan berhampiran menghubungi Mohd Ramzan.


Sementara itu, Mohd Ramzan berkata, kumpulan terbabit datang ke restorannya pada petang Jumaat dan memeras ugut supaya dia membayar wang perlindungan.

“Bagaimanapun, saya enggan menyebabkan berlaku pertengkaran antara kami sebelum mereka beredar. Sangkaan saya perkara itu selesai namun tidak menyangka mereka datang lagi dan menculik pekerja saya.
“Bimbang mereka mengapa-apakan Mohd Akhtar, saya bersama isteri membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Mohd Ramzan berkata, tidak lama selepas itu, kumpulan terbabit sekali lagi menghubunginya.

“Saya berkeras dan memberitahu sudah membuat laporan polis, malah memberitahu wajah mereka sudah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mereka mematikan talian,” katanya.

Sunday 15 January 2012

Najib diugut dibom oleh pelajar malaysia...

Polis tahan pelajar USM ugut bom helikopter PM

Polis tahan pelajar USM ugut bom helikopter PM
GEORGETOWN - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.
Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.
Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah.

"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana


Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

pakatan kedah mega ceramah 150112 anwar speakingDalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik azizSebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

pakatan rakyat kedah stadium 150112Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

pakatan kedah mega ceramah 150112 crowd 7Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam  adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar.

Kenapa perlu solat

Solat berkesan bentuk akhlak anakIbu bapa perlu tekankan ibadat wajib untuk banteras gejala sosial


  • ANAK ialah aset ibu bapa yang sangat bernilai. Mereka diibaratkan permata berharga dianugerahkan Allah SWT. Anak juga menjadi faktor pendorong bagi ibu bapa untuk masuk ke syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak salih yang mendoakan untuknya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)


  • Anak juga ujian dan mendidik mereka menjadi tanda pengabdian kita kepada Allah SWT seperti firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah SWT di sisi-Nya pahala besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

  • Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting memastikan anak dididik dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi pada zaman penuh dengan cabaran. Ibu bapa perlu melaksanakan amanah sebaiknya, walaupun sukar melaksanakan proses mendidik anak patuh dan tunduk kepada Allah SWT.

  • Oleh itu, ibu bapa perlu menyiapkan bekalan ilmu agama yang secukupnya kepada anak. Mereka perlu sedar semua yang dilakukan itu dikira ibadat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu (agama) adalah fardu ke atas setiap orang Islam.” (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani)


  • Kita melihat ramai ibu bapa hari ini mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak. Mereka sanggup menghabiskan wang bagi memastikan anak cemerlang dalam akademik yang bersifat duniawi tetapi tidak risau anak jahil ilmu ukhrawi.

  • Mereka menyangka ilmu dunia yang membantu anak untuk hidup di dunia ini sedangkan ilmu agama yang sebenarnya memandu kehidupan anak di dunia mahupun di akhirat. Ilmu agama yang membimbing anak mempelajari ilmu dunia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Akibat kecuaian ibu bapa, tidak hairanlah jika kita lihat hari ini ramai anak orang Islam semakin liar, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dalam maksiat serta kemungkaran lantas menggembirakan musuh Islam kerana umat Islam semakin lemah dan lalai akibat kebejatan sosial semakin parah.

Sememangnya itu yang diimpikan musuh seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (Muhammad) sebelum engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah SWT itu petunjuk yang benar. Jika engkau mengikuti keinginan mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah SWT (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

  • Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila dia berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat, sedangkan mereka telah berumur 10 tahun.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)

  • Di samping mendidik anak sentiasa ingat kepada Allah SWT, solat menjadi benteng daripada keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia melakukan dosa dan kemungkaran.

  • Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak ke mana saja mereka pergi tetapi jika kita berjaya mendidik anak, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat mencegah daripada melakukan kejahatan serta maksiat.

  • Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting mendidik anak yang diibarat kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya berpaksikan ajaran agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua-dua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar peranan dan tanggungjawab supaya generasi muda masa kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya, serta tidak melanggar syariat ditetapkan untuk melahirkan masyarakat Muslim seterusnya terbina negara yang mendapat keredaan dan perlindungan Allah SWT.

Berpakaian mengikut tema ?

Cuma ikut tema’


SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.
SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.
KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.
Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.
Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.


“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.
Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

Saturday 14 January 2012

Bekas Presiden MCA nafi sertai Pakatan



KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyangkal khabar angin beliau berhasrat menyertai sebuah parti yang menganggotai Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR-DAP-PAS.

Walaupun Tee Keat tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi Ahli Parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaannya dalam mana-mana parti pembangkang.

– Bernama


  • nampaknya MCA mengalami krisis parti yang teruk kerana semakin ramai yang sudah bosan menyertai parti itu dan diorang mula menyertai parti DAP yang lebih bersih dan telus berbanding dengan MCA. 
  • Sebelum ini kita tidak pernah dengar dan belum lagi terdakwa di mahmakah tentang kepimpinan DAP menyalahgunakan kuasa . 
  • Jika keadaan ini berterusan UMNO bakal mengalami masalah untuk menang di kawasan- kawasan yang mana pengundinya bercampur- campur berbilang bangsa...
  • dengar - dengar cerita seramai 80 % pengundi- pengundi cina menyertai DAP .. 

aning liar menjadi ancaman jika dibiarkan

Diserang anjing Rottweiler


  • SEREMBAN – Dua minggu selepas digigit seekor anjing jenis Rottweiler, seorang wanita di Taman Bunga Raya, Mantin di sini, akhirnya menghembuskan nafas terakhir, kelmarin.
  •   pada 29 Disember lalu, kira-kira jam 10 malam, mangsa dan anaknya, V. Letchumi, 23, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menziarahi ahli keluarganya yang tinggal di taman perumahan sama.

“Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba seekor anjing Rottweiler menyalak lalu mengejar mangsa yang sedang menaiki motosikal.

“Akibat panik, mangsa gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya dia terjatuh, lalu anjing terbabit menyerang dan menggigit mangsa dan anaknya,”


Katanya, mangsa yang cedera parah di kaki kemudiannya berjaya diselamatkan ahli keluarga dan menghantarnya ke hospital.

sumber : sinar harian


Kes anjing yang dilepaskan sesuka hati banyak kali kita dengar namun kes- kes terpencil ini jika terkena kepada diri kita perit gak rasanya. saya dapat bayangkan keliaran dan keganasan serta kebesaran anjing - anjing ini. paling tidak pun ia pasti menjadi suatu ketakutan dan fobia jika terkena gigitannya.
... Jika sudah membawa kepada kematian maka kes ini adalah kes ini secara automatik menjadi kes besar.
kenapa tidak dikurung saja ? demi menjaga keselamatan pemelihara, ia juga menjadi ancaman kepada orang ramai jika ia berkeliaran tanpa pengawasan....

jika tak mampu tunaikan, jangan berjanji

Bah di Kuantan kian buruk

  • KUANTAN: Keadaan banjir di dua daerah di Pahang bertambah buruk apabila 1,026 mangsa membabitkan 267 keluarga terpaksa dipindahkan.
  • 10 kampung terbabit dengan banjir adalah Kampung Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Chendering, Kampung Pandan 2, Lubuk Puyu, Kampung Seri Damai, Kampung Puyu, Kampung Ah Thong, Kampung Bukit Batu, Kampung Gudang Rasau dan Kampung Bukit Palas.
Sumber : metro

dulu teringat janji - janji kerajaan pusat jika dapat tawan Kelantan, kelantan akan bebas dari masalah banjir. 
Tapi masalah di negeri mereka sendiri pun mengalami masalah yang sama. Bagi aku tidak perlu memperbodohkan rakyat semata- mata untuk memenangi PRU.. kerana kelak yang kecewa rakyat juga. 
Kita sebagai rakyat biasa harus menilai dan menapis segala janji - janji pihak yang berkepentingan.
Sekuragnya kita ini jangan diperlakukan seperti manusia yang senang ditipu dan diperbodohkan...

berapa banyak janji bakal ditaburkan

Projek RM490j

  • Ribuan penduduk sekitar daerah Kerian menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM490 juta bagi mengatasi masalah banjir yang kerap melanda kawasan itu sejak lebih 20 tahun lalu. Peruntukan besar itu disalurkan bagi projek tebatan banjir di daerah Kerian yang bakal dilaksanakan secepat mungkin.
  • masalah banjir di sekitar Perak, khususnya daerah Kerian, agak membimbangkan berikutan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa dipindahkan, selain semua aktiviti harian di sekitar daerah itu terjejas teruk akibat banjir bulan lalu.

“Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengkaji dan membuat tawaran kepada beberapa kontraktor dengan mengeluarkan tender bagi beberapa pakej pelaksanaan projek itu.

Sumber : metro

Lagi janji dekat dengan PRU untuk memancing undi sedangkan banjir tersebut telah dialami sejak 20 tahun lepas...Kah kah terpulanglah kepada penduduk kampung untuk mempercayainya....
jangan janji tinggal janji

SPR terus dipersoalkan

  •  Kerajaan tidak perlu mewujudkan sebuah badan lain untuk mengendalikan pilihan raya memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah terbukti mampu mengendalikan pilihan raya dengan baik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  • Timbalan Perdana Menteri berkata, SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen dan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen sudahpun ditubuhkan bagi menambahbaik sistem pilihan raya sedia ada.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa berkongsi kuasa dengan mana-mana agensi.
Akhbar tempatan memetik Abdul Rashid sebagai berkata kerajaan juga disarankan mewujudkan sebuah badan bebas bagi memastikan pilihan raya dapat memuaskan hati semua pihak.
- BERNAMA



Kali ini yang mempersoalkan tentang keadilan bukan calang- calang orang namun ditolak mentah - mentah oleh TPM kita.... sampai bila kah keadaan ini akan berterusan ? 


Janji PM memang banyak tapi ......

 

Kerajaan BN kotakan janji bina kompleks sukan mini di Bagan Serai

  • Penantian sekian lama penduduk Kampung Masjid Tinggi di sini untuk memiliki kompleks sukan mini berakhir apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk pembangunannya. janji untuk membina kompleks itu dibuat ketika Datuk Azalina Othman Said menjadi Menteri Belia dan Sukan beberapa tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran masalah tanah.
"Sebenarnya saya ada hutang dengan orang di sini... hutang untuk buat mini kompleks sukan yang dijanjikan Datuk Azalina.

"Dulu kita tahan dulu permohonan sebab ada masalah dengan tanah tapi hari ini saya sahkan dan saya beritahu pada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) bahawa dewan RM4.5 juta itu tetap akan kita laksanakan,"

  • Kunjungan julung kali Perdana Menteri ke kampung itu juga membawa khabar gembira buat pentadbir dan pelajar Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah yang terletak bertentangan dengan lokasi majlis itu apabila Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada sekolah itu.
  • Najib turut meluluskan peruntukan RM80,000 kepada Galeri Banjar yang terletak di persimpangan masuk ke Jalan Banjar di sini, dipercayai galeri pertama seumpamanya di Malaysia.

"Untuk galeri ini, ICU kata saya boleh lulus lagi RM80,000. Walaupun saya orang Bugis saya tetap lulus... tak apalah, saya lulus juga,"

  BERNAMA

agak- agak biler la project bakal dimulakan ... bayangkan zaman Azalina adi menteri sukan...sekarg sabery Chik dah msuk 5 tahun....doakanlah ia berjalan lancar.. 
Jika selama ini kita hanya diperbesarkan isu kerajaan yang banyak membangunkan project -project apa salah nya jika pr juga memperbesarkan kerajaan pr dalam membangunkan negeri masing- masing demi menangkis segala tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka

Anwar ulangi cabaran ajak Najib debat



  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi cabarannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya,ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat (PR).
"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya,"

  • PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.

"Najib kena pastikan media Malaysia tidak menjadi seperti media di Mesir pada zaman Hosni Mubarak dengan memberi ruang yang cukup kepada pembangkang.

"Kerajaan juga mesti memastikan institusi pemerintahan seperti badan kehakiman, badan penguatkuasaan, polis, pecegahan rasuah dan jentera kerajaan lain telus dan profesional ketika menjalankan tugas,"

Sumber :sinar harian



  • PM sepatutnya menyahut cabaran anwar untuk mematikan  hujah anwar yang PM kita takut berdebat dengannya. Isu ini sebenarnya memberi kemenangan moral kepada anwar Ibrahim. 

  • Tapi jika diperhalusi tuduhan PR ini, berapa ramai sebenarnya yang tidak percaya seperti mana pandangan pembangkang. Berapa ramai sebenarnya yang menyokong pembangkang ini? 

  • Memang diakui yang ramai melayu masih lagi bersama dengan umno namun pengundi atas pagar yang bakal menentukan siapa kah yang sebenarnya yang layak untuk memerintah malaysia nanti...

  • PR harus bekerja lagi kuat untuk memenangi PRU akan datang. segala isu yang ader sekarang masih lagi gagal untuk menarik minat pengundi atas pagar sebenarnya namun pembebasan Anwar dalam kes meliwat saifol adakah bakal memihak kepada PR nanti ?

BN yakin menang di semua negeri pembangkang

  •  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula negeri yang diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat telah muak dengan janji parti berkenaan yang tidak ditunaikan.


  • "Rakyat mula muak dengan kerenah pembangkang yang sering menabur janji, termasuk di Kelantan yang diperintah Pas lebih 20 tahun tetapi tidak melaksanakan janji terutama untuk melaksanakan hukum Hudud," 

  • Negeri yang kini diperintah pembangkang ialah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. - BERNAMA
  •  
 Pada Pendapat saya :

  1.  BN sepatutnya tidak perlu terlalu yakin tentang kemenangan di negeri yang dikuasai pembangkang kerana kelak BN sendiri yang bakal tersungkur dalam PRU nanti 
  2. Ini kerana PR sekarang terlalu agresif untuk menawan Putrajaya lebih- lebih lagi pembebasan Anwar dalam kes meliwat Saiful Bukhari. Nama Anwar sekarang seakan sudah dibersihkan dalam isu liwat ini setelah hakim mengesahkan anwar tidak bersalah.
  3. Dengan Janji PR untuk menghapuskan Segala tol yang membebankan rakyat jelata dan akan menghapuskan hutang PTPTN kerana mereka berpendapat tugas kerajaan Pusat sebenarnya dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk rakyat. 

Friday 13 January 2012

Aset NFC dibeku



PARIT BUNTAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan, dilihat akan menyelesaikan kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging.

Dengan keputusan ini, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.-SH

Jutawan durian jadi realiti

SEKITAR 20 tahun lalu,harga durian terlalu murah selain sinonim dengan baunya yang kurang menyenangkan dan dibenci pelancong asing, kini mampu memberi pendapatan puluhan ribuan ringgit sejak mula dieksport ke negara China Ogos lalu. Durian tempatan terutama klon ‘Musang King’, D168, D145 dan D24 Malaysia mula mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa menjangkau hingga ke benua Eropah, Amerika Tengah hingga Australia.

  •  berjaya memecah dominasi sekian lama durian Thailand apabila mula memasuki pasaran China,

  • durian Malaysia cukup ‘luar biasa’ dan mempunyai rasa yang dianggap terbaik berbanding durian Thailand, Indonesia mahupun Filipina.
  • mampu menyaingi kehebatan durian tanpa bau Thailand yang kini menguasai 90 peratus pasaran dunia, termasuk China.
  • “Saya sendiri menjalankan ujian rasa dengan membawa 22 wakil khas dari China untuk merasai sendiri keunikan durian Malaysia di SS2, Petaling Jaya, Selangor, Ogos lalu. Rata-rata mereka terkejut dan mengakui durian Malaysia mempunyai rasa yang lebih ‘tajam’, aroma memukau selain warna yang lebih menarik.
  • “Kelebihan durian Malaysia cukup ketara apabila terdapat pelbagai jenis gred istimewa seperti durian kampung, D24, ‘Musang King’ dan pelbagai jenis gred lain. Ini memberikan kepelbagaian rasa kepada durian Malaysia berbanding negara jiran,
  • Hasil kajian dilakukannya, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi pengeluaran berikutan musim durian dua kali setahun iaitu antara Februari hingga Mac dan Julai hingga Ogos. Ini berbeza dengan musim durian di Thailand yang hanya dinikmati sekali setahun iaitu antara Mei hingga Jun. Bagaimanapun, keluasan ladang durian Thailand yang dibangunkan secara komersial lebih awal dari Malaysia membolehkan mereka memperoleh jumlah kutipan durian lebih tiga kali ganda mencecah 1 juta tan metrik setahun.
  • Tidak hairanlah mengapa Thailand mampu meraih pendapatan sehingga AS$149.55 juta (RM508.47 juta) sepanjang tahun dengan hanya mengimport 172,189 tan durian ke China.
  • Statistik diperoleh ini tidak membabitkan jumlah durian yang dieskport Thailand ke pasaran utama lain seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun termasuk Australia.
  • jumlah 300,000 tan metrik durian yang dieksport Malaysia ke luar negara setakat ini belum memadai.
  • tidak mustahil negara boleh mencapai pendapatan kasar sehingga RM1.5 bilion setahun,
  • Kerja keras ini ternyata membuahkan hasil apabila durian Malaysia bukan lagi menjadi makanan kegemaran rakyat negara ini, malah menjangkau sempadan sehingga Perancis, United Kingdom, Belanda, Kanada dan Amerika Syarikat berdasarkan laporan Food Market Exchange.com.
  • Agak mengejutkan apabila trend mengimport durian oleh negara Eropah dan Asia Timur menunjukkan kadar kenaikan ketara tahun lalu apabila durian mula menjadi komoditi penting dengan harga mencecah hingga lebih RM1,700 setan. Peluang ini seharusnya tidak disia-siakan oleh peladang tempatan berikutan tidak mustahil akan muncul puluhan ‘jutawan durian’ satu masa nanti apabila durian Malaysia berjaya dikomersialkan secara maksimum.
  • Malah, lonjakan harga durian yang semakin mahal kini ekoran aktiviti mengeksport besar-besaran ke Singapura mula dirasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini mungkin mengembirakan penduduk kampung yang menanam durian sejak berdekad lalu namun keluasan yang ditanam tidaklah seberapa. macam kampung aku kebanyakan mereka lebih cenderung menanam padi yang lebih mendatangkan kewangan ketika itu namun kini tananam padi tidak diusahakan lagi kerana padi tidak mendatangkan keuntungan lantaran pelbagai kos yang terpaksa ditanggung malah akan mendatangkan kerugian jika diusahakan . Bukan sekali dua malah pulangan adalah tidak berbaloi langsung malah penat lelah yang dapat. 


Ketika itu memang durian jenis klon tidak dititikberatkan malah durian yang biasanya ditanam pun jenis durian kampung yang rendh kualitinya.


Ketika itu kita tak nampak begini jadinya produck durian ini...jika diuasahakn secara besar- besaran sekarang pun memerlukan modal yang banyak untuk dipajak tanah manakala hasilnya mungkin makn masa bertahun- tahun barulah mendapat hasilnya.


mungkinkah penanaman kelapa sawit dan kelapa bakal bertukar menjadi penanaman durian besar- besaran ?

berakhir sudah perkahwinan yang ke dua kali

Kahwin 2 bulan

  • “Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, selepas sah bercerai talak satu dengan Farah Asyikin Othman, 34, yang baru dinikahinya kira-kira dua bulan lalu.Pasangan itu yang bernikah pada 11 November tahun lalu di rumah Hattan di Seri Menanti, di sini, sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Pilah, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.
  • “Pasangan itu memfailkan perceraian mereka (kelmarin) dan keputusan terus dibuat oleh hakim. Mereka kelihatan tenang ketika hadir di mahkamah dan tiada ahli keluarga lain hadir. “Oleh sebab persetujuan sudah dibuat bersama, mahkamah tiada halangan meluluskan perceraian mereka,”

  • “Kami berpisah kerana tiada persefahaman. Jadi jalan terbaik ialah berpisah dan membawa haluan masing-masing. Namun, kami berpisah secara baik dan matang tanpa pergaduhan atau bermasam muka. “Kami sudah dewasa dan biarlah setiap keputusan dilakukan itu berasas. Tiada sebab untuk bergaduh kerana kami berbincang bersama sebelum berpisah. Walaupun tiada lagi ikatan suami isteri, kami masih boleh berkawan,” katanya.
Macam- macam cerita tentang artis. Hattan adalah penyanyi yang aku minati dari dulu lagi. Suara nya memang best . sayang perkahwinan yang baru menjangkau 2 bulan  umurnya menjadi sedemikian rupa. alasan kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua. apapun jika ini alasan yang terbaik untuk berpisah terpulanglah kerana mereka yang menanggung. Apapun semoga mereka berjaya dalam kerjaya mereka dan dalam kehidupan mereka...

Nenek 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian



BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.

Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...