Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 10 January 2012

Wanita nyaris jadi mangsa sindiket pemerdagangan dapat RM4,000

JOHOR BAHRU: Tindakan bijak seorang wanita lari dari sebuah ladang sayuran di Perth, Australia selepas mendapati dirinya ditipu menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
Mangsa, Mary Yap, 44, berkata, dia didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Ivan menawarkan pekerjaan dengan pendapatan mencecah RM10,000 sebulan ketika berada di premis perniagaan mengurut kaki miliknya di Nusa Bestari di sini, Oktober 2011.

Menurut Mary, tertarik dengan peluang itu, dia membayar sejumlah RM2,500 sebagai kos tiket penerbangan ke Australia dan menyerahkan cek kepada wakil BTK Trading yang juga sebuah agensi pekerjaan, Chu Hup Seng, berusia 50-an.
“Saya hairan kerana wakil agensi itu memaklumkan saya tidak perlu memohon permit kerja dan penggunaan visa lawatan sudah mencukupi untuk bekerja di Australia.

“Tanpa berfikir panjang kerana tawaran bayaran RM13 sejam sebagai pembungkus sayur adalah lumayan, saya menuruti segala arahan Chu termasuk mengeluarkan wang sendiri membeli tiket penerbangan dan kos melanjutkan tempoh sah pasport sehingga 2017,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menurut Mary, sebaik tiba di Australia pada 12 November lalu, dia bertemu dengan seorang wanita dan lelaki warga Singapura berusia 30-an dan 20-an juga bakal pekerja di ladang dimaksudkan.

Mary berkata, mereka dibawa menaiki van ke ladang terbabit.

“Sebaik tiba di ladang itu, kami terkejut kerana diminta menanggung sendiri keperluan termasuk pakaian, makanan selain kos penginapan serta pengangkutan,” katanya.
Menurut Mary, dia terpaksa mengeluarkan RM8,000 sepanjang menempuh pengalaman ngeri itu dan kerana tidak puas hati, memfailkan tuntutan di TTPM.

Atas persetujuan bersama, Mary dan Chu bagi menyelesaikan kes, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu mengarahkan pihak penentang membayar RM4,000 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari perintah dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...