Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 12 January 2012

Apa yang peneroka Felda risau sebenarnya ...

Sukar kekal dividen 14%

  • Peneroka Felda mungkin tidak akan menikmati kadar dividen 14 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang sekiranya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana model perniagaan yang digunakan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) ketika ini tidak lagi kompetitif dan keadaan itu dijangka memberi kesan kepada pemberian dividen.

  • “Daripada kajian dibuat, KPF dijangka tidak dapat mengekalkan pemberian dividen 14 peratus kepada peneroka kerana model perniagaannya tidak membolehkan pemberian kadar itu diteruskan untuk tempoh beberapa ketika lagi.

  • “Justeru, sebelum perkara itu berlaku, lebih baik kita teruskan penyenaraian. Dengan penyenaraian ini, model perniagaan KPF akan menjadi global, jadi pemberian dividen 14 peratus boleh diteruskan, atau (jumlah) itu lebih lagi'


Aku tak faham sangat isu ini sebenarnya. Jika hasil penyenaraian ini gagal bagaimana ? Memang tidak dapat diakui hasil penyenaraian ini modal saham  akan turun naik dengan ketara manakala pemegang saham akan bertukar ganti kerana proses tukar milik saham adalah mudah sekali... namun harus diingat jika timbul perkara yang tidak elok tentang syarikat maka modal saham pasti berkurangan dan pemberian dividen yang tidak tinggi tidak dapat diberikan...  kelak rakyat macam aku gak yang sengsara. Jangan sampai ekuiti melayu jatuh ke tangan orang asing ...itu je lah yang aku risau...hehe

Sebenarnya kalau sudah tahu dividen tinggi tidak lagi boleh diberikan, sepatutnya felda melabur dalam perniagaan yang lebih menjanjikan pulangan yang baik ...felda banyak duit...banyak lagi business yang boleh dibuat oleh Felda....memang banyak...tidak semestinya penyenaraian dalam bursa saham....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...