Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 13 January 2012

persaingan adil menguntungkan rakyat

 Antara tuntutan Amanah kepada kerajaan 


Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) mengemukakan tiga tuntutan dan menggesa kerajaan melaksanakannya selaras dengan pembaharuan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Tiga tuntutan tersebut ialah 
  1. membenarkan akses media yang bebas untuk rakyat mendapat maklumat mengenai pilihan raya umum, 
  2. birokrasi mesti bebas dan 
  3. menghalang wang ditabur secara terang-terangan dalam pilihan raya.
  • "Mungkin (seperti) beberapa saluran Astro atau sebagainya... Peruntukan (ruang) di TV3, RTM dan sebagainya (kepada rakyat)... Mungkin untuk tiga bulan sebelum pilihan raya," katanya yang juga bekas menteri penerangan.
  •  bagi langkah jangka masa panjang pula, kerajaan perlu menimbangkan memberi permit radio, televisyen atau akhbar jika merasakan rakyat serius dan kredibel, apatah lagi perkara itu merupakan hak mereka yang dijamin perlembagaan.
  • Dengan memberi contoh tindakan kerajaan menafikan pemberian permit akhbar kepada PAS untuk menerbitkan akhbar sendiri dan memaksa dijual secara mingguan kepada ahlinya sahaja, sebagai "tindakan primitif".
  • "Kenapa hak mereka dinafikan. (Ianya) tidak boleh nafikan kerana dijamin dalam perlembagaan... Politik begitu adalah primitif. Saya fikir rakyat mengetahui ia adalah tidak adil dan primitif.


Jika persaingan dalam PRU dapat dijalankan dengan penuh sama adil rakyat malaysia juga yang mendapat keuntungan kerana segala perkara yang dipersoalkan dapat diperdebatkan secara terbuka manakala segala sekatan maklumat kepada rakyat bakal menyebabkan rakyat malaysia diperbodohkan ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...