Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 11 January 2012

politik itu membingungkan

  Bila berpolitik adakah politik menjatuhkan pihak lawan dibenarkan dalam agama? jika fikir secara logik takkan lah umno nak puji PR dan PR nak puji umno? maka wujudlah politik kutuk  mengutuk antara satu sama lain seolah- olah pihak lawan tidak pernah berjasa kepada negara walau sebenar sekalipun . Jika sebelum ini ader sesetengah ustaz berkata - kata yang elok belaka tetapi setelah menyertai politik maka perkataan tidak elok di dengar mula kedengaran kerana sudah tahu bagaimana lagi untuk menerangkan sesuatu perkara kepada pengikut parti tersebut.....
  benarkah politik itu kotor ? benarkah politik itu keji ? benarkah untuk menjatuhkan seseorang musuh parti maka fitnah memfitnah sudah menjadi mainan. dan seterusnya merebak kepada penyokong ke dua-dua belah pihak. dan adakah dengan tidak mengambil tahu pasal politik itu langkah yang selamat ?
  politik begitu membingungkan. dan adakala begitu menyesakkan nafas kerana bergaduh dan bermasam muka sesama kawan se ofis dan sekampung ...adakah politik itu mewujudkan perpecahan di kalangan umat islam ?
Jika di banding kan di luar negara politik itu sampai membawa pembunuhan. pembunuhan sana sini setelah negara menjadi huru hara dan kucar kacir....
  Persoalan inilah yang menyebabkan aku tidak faham dan sampai bila pun takkan faham...

Apa yang pasti kata orang tekad kan niat jika mahu mneceburi politik kerana perbuatan kita kelak bakal dipersoalkan di akhirat nanti...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...