Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 30 November 2011

Lynas tidak selamat ...?

Rebecca Fatima
KUANTAN - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mahu Lynas Corporation Ltd mematuhi peraturan ditetapkan sebelum lesen pra operasi kilang itu dike­luarkan.

Peraturan itu bagi membolehkan rakyat yakin bahawa tidak ada isu keselamatan dan kesihatan berhubung pembinaan kilang Lynas di Gebeng.

Ketua Setiausaha Miti, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pihaknya akan memberi fokus kepada isu berkaitan keselamatan berkaitan kemudahan fizikal memproses nadir bumi di tapak kilang tersebut.

Menurutnya, mereka akan mengambil masa seperti mana dijadualkan mereka sendiri dan bukannya ditentukan pihak lain sebelum meneliti aspek keselamatan terutama masyarakat setempat.

“Kami akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan standard keselamatan dipatuhi Lynas.

“Justeru, kilang ini hanya akan beroperasi selepas kami berpuas hati dengan segala langkah keselamatan yang diambil selain terus memberi penerangan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat sempena lawatan ke tapak kilang Lynas di Gebeng.

Hadir sama, Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Marshal Ahmad dan Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan.

Sementara itu, Raja Abdul Aziz berkata, pihak­nya akan mengambil masa tujuh bulan untuk meneliti dokumen diserahkan Lynas Corporation mengenai operasi kilang itu.

Menurutnya, dokumen terbaru diterimanya adalah sebulan lepas dan penelitian akan dijalankan sehingga mereka berpuas hati dan setiap aspek keselamatan dipatuhi.

Bagaimanapun, jika terdapat perkara yang masih tidak lengkap dalam dokumen tersebut, mereka perlu melengkapkan semula dokumen sehingga AELB puas hati.

“Kita tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan dan kesihatan orang ramai. Justeru, banyak prosedur perlu dipatuhi Lynas sebelum mereka mendapat lesen pra operasi untuk tempoh dua tahun.

Kelantan mungkin dirampas Umno


Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

NONELebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.

Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

NONEKhoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

"Dia adalah cuma peminat Apek ?


SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

Perasuah bukan duit tapi ular....


LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh kerana kemunculan reptilia itu.

Mereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama beberapa minggu dan meminta rasuah.
Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular.
Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar di pejabat itu.

“Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer tenggara Lucknow,” kata pegawai negeri Uttar Pradesh, Ramsukh Sharma.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian petang kelmarin. Polis dan pegawai hutan kemudian menangkap haiwan itu. – AP

Khairul Fahmi mungkin bersara awal

Penjaga gol sensasi negara kita, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.Ini kerana kontroversi ini secara tidak langsung mengganggu prestasi kerjaya dan kehidupan seharian malah ia juga melibatkan maruah keluarganya sedikit tercalar lantaran gosip buruk yang melanda dirinya

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.
    Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.

Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.

Apapun saya sokong apa saja tindakan Apek demi kehidupan yang lebih success....

Nazmi Faiz Mansor ke Institut sukan Negara

Jawapan yang diberikan ISN mungkin dapat menghilangkan sedikit keresahan peminatnya di suluruh negara kerana 'masalah misteri' kekejangan otot  yang dialaminya pernah menimpa atlet yang lain. Difahamkan sebelum ini ISN pernah dirujuk masalah seumpama yang berlaku ke atas beberapa pemain pelapis badminton dan hoki.
"Ia bukannya satu penyakit dan bukan untuk dirawat ". Nazmi hanya perlu ke ISN untuk menjalankan pemeriksaan iaitu merangkumi aspek kesihatan, fisiologikal dan biokimia dalam tempoh terdekat.
Harap -harap penyakit Nazmi cepat sembuh kerana negara kita amat memerlukan pemain bolasepak seperti nazmi . Sesungguhnya negara kita amat memerlukan khidmat Nazmi.....



Aksi Muhamad Nazmi Faiz Mansor (tengah) bersama pasukan kebangsaan ketika menentang Bahrain pada Kelayakan Olimpik Ahad lalu.

NFC: Polis sahkan tiada unsur pecah amanah, seleweng

  Ini maklumat terkini yang aku terima.Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.

  Jadi ia bermaksud duit pinjaman sebanyk 250 juta yang diluluskan oleh kerajaan untuk projek penternakan lembu dibolehkan untuk membeli aset- aset lain seperti kondominium dan lain - lain perbelanjaan yang langsung tidak bersangkut paut dengan lembu. Ia mungkin bekalan lembu dalam pasaran negara jauh lebih mencukupi ...haha... Ini lah dinamakan pelaburan bijak dan rakyat jelata yang masih lagi yang bergantung kepada lembu import dari thailand yang dibeli dengan harga yang mahal tidak bersemangat patriolitik memandangkan lembu sudah mencukupi dalam negara kita....Ini juga adalah situasi menang- menang ...
Siasatan yang dijalankan pihak polis adalah  cukup professional dan teliti ini menjalankan penyiasatan cukup lama dan amat menyakinkan rakyat jelata. Mungkin isu ini tidak dapat lagi digunakan oleh pihak pembangkang memandangkan siasatan polis ini adalah cukup telus dan amat teliti....

Ciri- Ciri orang beriman

 Orang yang beriman sejak zaman nabi lagi diuji dengan pelbagai ujian yang amat menyiksa fizikal dan mental namun mereka tetap tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian dari Allah tanpa sebarang keluh resah yang mengurangkan iman itu sendiri. Manakala sikap manusia tidak beriman adalah sebaliknya .Mereka mencintai kehidupan dunia melebihi kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan akhirat, mereka takut menghadapi cabaran dan ujian dari Allah. Sebab itu biasa kita dengar mereka mengambil jalan mudah dengan membunuh diri jika hadapi sesuatu kebebanan yang melanda. hal- hal kecil sekalipun mereka tidak mampu hadapinya seperti masalah hutang, masalah putus cinta, putus kasih, putus tunang dan lain- lain ujian, Sedangkan nyawa itu sendiri adalah nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada umat manusia. Tidak terfikirkah kalian berapa banyak nikmat Allah telah dikurniakan kepada kita. Nikmat yang bertahun- tahun diterima dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan tidak harus kita tamatkan nyawa dengan begitu saja. Sedangkan islam itu sendiri agar kita sabar dan harus tabah hati dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Ingatlah kesulitan itu hanyalah untuk menguji kita semata- mata. Sedangkan diluar sana ramai lagi yang diuji lebih teruk dan dahsyat dari kita.....

 ada sebuah ayat dijelaskan,
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."(A-li'Imraan:139)

            "Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."(An-Nisaa': 104)


Bukankah orang-orang beriman telah diperingatkan dalam Al-Qur`an mengenai supaya bersabar ? 
 
"Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah".(Ar-Ruum: 60)

Hargailah diri kita dan hargailah nikmat hidup yang sekali ini....

Aku peminat setia Khairul Fahmi

  Khairul Fahmi @ Apek tidak pernah sunyi dari isu- isu yang menyakitkan hati para peminatnya terutamanya aku sebagai peminat setia Apek. Sejak putus tunang tempoh hari bermacam- macam isu sensitif mengenai Apek. Isu minum arak dan isu Apek ader hubungan istimewa dengan perempuan memang aku langsung aku tidak terima / tidak percaya walau ader manusia diluar sana yang ader bukti yang kukuh untuk membuktikan Apek memang terlibat dalam hal itu. Penafian Apek dan kenyataan ibu Apek yang mempertahankan Apek amat menyenangkan aku.





Disini aku siarkan biodata Apek kepada peminat setia Apek....




Biodata Khairul Fahmi Che Mat (Apek)
   
Full Name - Khairul Fahmi bin Che Mat
   
Date of birth - January 7, 1989 (age 22)
   
Place of birth - Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
   
Height - 1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)
   
Current club - Kelantan FA
   
Number - 19
   
2006-2009 - Kelantan FA President's Cup Team
   
2008-2009 - Harimau Muda
  
2009 - Kelantan
  
2010 present - Malaysia U-23
  
2010 present - Malaysia
 
Harap- harap Apek tabah dalam hadapi segala isu ini dengan tenang dan bijaksana.
 Apapun yang terjadi aku tetap sokong Apek 100% tanpa berbelah bagi...
 
Kenangan Apek bersama bekas tunangnya
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...