Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 12 January 2012

Ramai yang persoal kerajaan kelantan Kali ini

Black jadi titik hitam

  • Tindakan kerajaan negeri Kelantan mengundang penyanyi Black Mentor sempena program Ladies’ Nite 2012 (bagi mencungkil bakat baru wanita dalam nyanyian dan lakonan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012) seperti dipaparkan menerusi iklan berbentuk poster di laman sosial facebook Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mengundang kontroversi.
  • Bagaimanapun, pengendali facebook Nik Abdul Aziz, meminta pemberi komen yang mengkritik mengemukakan fatwa mengharamkan lelaki membuat persembahan di hadapan penonton wanita. 

Kita tengok camner nanti, adakah undangan Black ke Majlis terbabit bakal diteruskan / dibatalkan kerana mendapat bantahan / kritikan sesetengah pihak Perlu ke Black dijemput sedangkan ramai lagi artis wanita yang tersohor dan terkemuka di tanahair .
Memang jika diperhatikan, konsert- konsert di Malaysia melambak yang menganjurkan percampuran antara lelaki dan wanita namun tidak ramai pulak yang kutuk/ kritik kerana seolah sebati dengan diri kita namun jika kerajaan kelantan yang dipimpin oleh ulama maka ia adalah sesuatu yang pelik .

  Adakah rakyat mula sedar yang Kerajaan PAS dipimpin oleh ulama dan Malaysia pula diperintah oleh orang yang tidak menitikkan soal suasana islam ?

Tanya iman di dada

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...