Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 10 January 2012

MCA mula mencemaskan DAP...awas

IPOH 10 Jan. - Pemimpin MCA akan meningkatkan perpaduan di kalangan kaum Cina dengan mengadakan perjumpaan dan pertemuan bersama mereka secara berterusan bagi meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, setakat ini persiapan bagi pilihan raya umum akan datang berjalan lancar di samping sokongan padu yang ditonjolkan masyarakat Cina di Perak amat memberangsangkan.
"Saya lihat lebih banyak NGO-NGO (badan bukan kerajaan) Cina rela datang bertemu dengan kita dan mereka menghadiri majlis anjuran MCA... ini merupakan satu petunjuk yang baik bahawa MCA sudah meraih kembali sokongan daripada pengundi-pengundi Cina,” kata Cho Ha yang juga Menteri Pengangkutan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...