Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 12 January 2012

Ahli bersekutu ada hak saman FAM - Azzuddin


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ahli bersekutu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai hak menyaman badan induk bola sepak negara itu tetapi ia merupakan proses terakhir dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian.
Merujuk kepada laporan bahawa kerajaan Terengganu akan menyaman FAM sekiranya badan induk itu gagal memenuhi tuntutan berhubung kes pemain import, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, mengikut prosedur badan induk tersebut, anggota bersekutu perlu terlebih dahulu melalui beberapa proses.
"Sebagai anggota bersekutu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu merujuk perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan. Jika tidak berpuas hati, bolehlah membawa perkara tersebut kepada mesyuarat Exco FAM.
"Proses seterusnya ialah membawa kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan sekiranya masih gagal menemui penyelesaian, barulah boleh mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...