Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 10 January 2012

Aceh Dilanda Gempa 7.1 Skala Richter

Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami bagi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan awal pagi tadi susulan gempa bumi kuat yang berlaku di pantai barat utara Sumatera.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Geofizik dan tsunami jabatan itu, Ahmad Zaki Mohamad Saat berkata nasihat tsunami yang dikeluarkan sebelum ini ditarik balik selepas pemantauan di negeri berkenaan jam 7 pagi tadi didapati memuaskan.

Sementara itu, Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah serta polis mengesahkan tiada aduan diterima daripada orang awam mengenai gegaran yang berpunca dari gempa bumi itu.

Pihak berkuasa di Langkawi juga tidak menerima sebarang laporan gegaran dirasai di pulau itu yang biasanya merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi di Sumatera.

Sumber TV online

Agak- agak bilakah masanya Malaysia mengamalkan sepenuhnya apa yang terkandung dalam al - quran ?
Jangan sampai bala turun dulu baru nak mengamalkan islam seperti mana Acheh yang menguatkuasakan undang - undang islam . Itu pun ramai lagi yang melanggar peraturan islam di sana padahal diorang mengalami saat- saat gempa bumi yang teramat dashyat beberapa tahun lepas .
Sedar lah wahai manusia, nafsu sentiasa mendorong manusia ke arah kerosakan dan kebinasaan.

Aku risau jer suatu hari nanti malaysia terkena bala dari teruk dari Tsunami Acheh.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...