Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 2 January 2012

Pulau ketam tempat maksiat

MPK tiada kuasa ambil tindakan

KUALA LUMPUR: “Kita masih dalam proses membuat pengukuran bagi pemilikan tanah penduduk di Pulau Ketam, jika tidak mereka seperti menduduki kawasan itu secara tidak sah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali.
Beliau berkata, ketika ini pulau berkenaan tidak diiktiraf sebagai penempatan walaupun ia sudah wujud lebih 100 tahun dan pihaknya dalam proses memujuk penduduk secara berperingkat.

“Kawasan penempatan penduduk di Pulau Ketam sendiri tidak ada pelan di pejabat tanah dan segala aktiviti di situ bukan di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan.
“Jika berlaku kegiatan tidak bermoral seperti kewujudan rumah pelacuran, Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak boleh mengambil tindakan kerana Pulau Ketam bukan di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad mengenai sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi ‘port’ rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama ‘adik’ dari pelbagai negara. Selain itu, ada lelaki membawa kekasih gelap ke pulau berkenaan untuk memadu kasih kerana percaya lokasi itu selamat berikutan didiami sebahagian besar penduduk bukan Islam. Sebagai pelengkap pakej pulau maksiat, sekurang-kurangnya dua pusat perjudiannya menggunakan mesin slot manakala kedai menjual nombor ekor haram serta judi mahjong yang beroperasi secara terbuka turut wujud di situ.

Dr Halimah berkata, disebabkan kawasan itu penduduk majoritinya bukan Islam memang sukar untuk menguatkuasakan peraturan menghalangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...