Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 2 January 2012

80,000 sambut tahun baru di genting Highlands

GENTING HIGHLANDS: Lebih 80,000 pengunjung dari dalam dan luar negara memenuhi setiap sudut dan kawasan pusat peranginan ini bagi memeriahkan sambutan gilang-gemilang ambang tahun baru 2012 bertemakan ‘Coolest Countdown Celebration,’ malam kelmarin.
Meskipun acara kemuncak dijadualkan bermula pada jam 10.30 malam, namun pengunjung nyata mula membanjiri perkarangan taman tema sejak tengah hari lagi.

Penantian itu bagaimanapun berbaloi apabila pengunjung disajikan dengan pelbagai persembahan antaranya tarian dan silap mata khususnya di pentas utama Outdoor Theme Park.
Malah buat julung kalinya penganjur, Resorts World Genting turut mengadakan dua acara lain di pentas Arena of Stars dan Plaza First World pada masa sama bagi melakukan ‘countdown’ bersama penonton dengan kemasukan bagi semua acara adalah percuma.

Di Arena of Stars, persembahan dari pemenang Astro Classic Golden Melody memenuhi ruang pentas bagi menjayakan Pertunjukan Classic Golden Melody New Year Countdown manakala nyanyian dan tarian oleh artis dan selebriti tempatan diadakan Plaza First World.

Keriuhan sorakan pengunjung terus mengambil tempat seawal jam 11.50 malam sementara menanti detik masuknya hari pertama tahun 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...