Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 2 January 2012

Kes denggi di 6 negeri meningkat

PUTRAJAYA: Statistik kes denggi pada minggu ke-51 iaitu dari 18 hingga 24 Disember mencatatkan enam negeri mengalami peningkatan sekali gus menunjukkan bilangan kes itu masih lagi tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.
Menurutnya, enam negeri berkenaan ialah Johor yang meningkat empat kes; Perlis, Sabah dan Kelantan (masing-masing dua); serta Pahang dan Melaka (masing-masing satu). “Sepanjang tempoh itu, 429 kes demam denggi dan tiada kematian dilaporkan, berbanding 522 kes dengan dua kematian pada minggu sebelumnya.

“Pada Januari hingga 24 Disember, 19,682 kes dilaporkan berbanding 45,684 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Manakala, sejumlah 36 kematian akibat demam denggi dilaporkan berbanding 133 kematian pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui portal Kementerian Kesihatan. Beliau berkata, pemeriksaan penguatkuasa pada minggu ke-51 menunjukkan 61 peratus daripada tempat yang mempunyai pembiakan Aedes adalah di kawasan kedai dan perumahan. “Memandangkan cuti sekolah dan perayaan pada masa sekarang, orang ramai bertumpu di pusat membeli belah dan kebanyakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa di rumah. “Justeru, risiko jangkitan penyakit dan penyebaran virus denggi tinggi,” katanya. Sementara itu, Dr Hasan berkata, 90 lokaliti wabak denggi di 22 daerah dipantau di seluruh negara, berbanding 97 lokaliti pada minggu sebelumnya. “Tiga kawasan panas dikenal pasti pada minggu ke-51 membabitkan 32 kes demam denggi. “Kawasan itu ialah Apartmen Taman Bukit Kenangan dan Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma di Selangor serta Vista Angkasa di zon Klang Lama, Kuala Lumpur,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...