Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 2 January 2012

bersara 60 tahun

Kesan usia bersara 60 tahun

KETIKA penjawat awam diberikan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 58 tahun sebelum ini, lambakan pelajar yang tamat pengajian mereka begitu sukar untuk mendapat pekerjaan di sektor awam.
Ini kerana mereka perlu menunggu selama dua tahun berikutan penjawat awam yang sepatutnya bersara pada umur 56 tahun dilanjutkan lagi kepada 58 tahun.

Kini, apabila kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan umur persaraan kakitangannya lagi sekali dari umur 58 tahun kepada 60 tahun yang berkuat kuasa 1 Januari tahun ini, masalah pengangguran di kalangan belia kita yang baru tamat pengajian semakin meruncing.

Ini kerana keadaan akan lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana mereka terpaksa menunggu hingga tahun 2014.


Diharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang semakin meruncing ini.

Fenomena ini telah ditempuhi belia ketika proses peralihan perlanjutan umur persaraan dari umur 56 kepada 58 tahun tidak berapa lama dulu.

Bayangkan, lebih daripada 100,000 pelajar yang tamat pengajian mereka di pusat pengajian tinggi dan lebih daripada 200,000 yang hanya ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun itu hendak diletakkan di mana jika tawaran pekerjaan semakin sempit ruangnya?

Saya cadangkan ambil saja kira-kira 100,000 belia yang layak bekerja di sektor awam sebagai pekerja sambilan sebelum mereka ini diserap secara berperingkat-peringkat ke jawatan tetap apabila ada yang bersara wajib nanti mengikut penggiliran masing-masing.

Kemungkinan kaedah ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah lambakan pengangguran di negara ini nanti.


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban




Mungkin juga, ada yang layak bersara hingga tahun 2014 mengikut tarikh lahir masing-masing.

Fenomena ini telah ditempuhi belia ketika proses peralihan perlanjutan umur persaraan dari umur 56 kepada 58 tahun tidak berapa lama dulu.

Bayangkan, lebih daripada 100,000 pelajar yang tamat pengajian mereka di pusat pengajian tinggi dan lebih daripada 200 ribu yang hanya ada sijil kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun itu, hendak diletakkan di mana jika tawaran pekerjaan semakin sempit ruangnya.

Walaupun, kerajaan memberikan jaminannya tidak akan menjejaskan pengambilan kakitangan awam yang baru, mana mungkin secara logiknya tawaran pekerjaan ditambah lagi lebih kurang 100 ribu itu tanpa sebab tertentu.

Ambil contoh di mana bakal-bakal guru yang sudah lama mengeluh dan ada yang memendamkan rasa melalui media kerana belum mendapat tempat mengajar walaupun sudah agak lama menerima ijazah dan diploma mereka.

Kalau dulu ramai dikalangan belia berminat untuk mengambil ijazah perguruan kerana terjamin akan pekerjaan yang menanti tetapi kini, ia bukan lagi suatu jaminan.

Diharap kerajaan ambil tindakan sewajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang semakin meruncing ini.

Saya cadangkan ambil saja lebih kurang 100 ribu belia yang layak bekerja di sektor awam sebagai pekerja sambilan sebelum mereka ini diserap berperingkat-peringkat ke jawatan tetap apabila ada yang akan bersara wajib nanti mengikut penggiliran masing-masing.

Kemungkinan kaedah sebegini sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah lambakan pengangguran itu nanti.


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...