Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 9 January 2012

Adil kah Adam Adli dihukum ? Zalim kah UPSI ?

 bagaimana Nabi Muhammad ( SAW ) menghukum yahudi yang memakinya ?


Yahudi ini akhirnya memeluk islam kerana akhlak nabi yang mengagumkan itu.....



Sekarang ni kecoh pasal Adam Adli yang digantung pengajian selama 3 semester . Bagi pihak yang menyokong BN maka tindakan ini adalah lembut kerana bagi pendapat diorang memang patut Adam dibuang terus dari pengajian dan yang lebih zalim agar nama Adam Adli diblacklist dari meneruskan pengajian dari mana- mana institut pengajian tinggi trmasuk swasta.
  Bagi yang menyokong Pakatan Rakyat lak tindakan ini adalah zalim kerana membantutkan pengajian Adam Adli dan menggelapkan masa depan pelajar terbabit. Dia dihukum kerana dikatakan kurang ajar terhadap PM Malaysia yang kita sayang dan hormati ini. Sepatutnya pelajar ini menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran agar terus cemerlang dalam pelajaran. Dan bakal mendapat pekerjaan yang baik jika dapat result yang bagus dan cemerlang.
  Apapun terpulang kepada individu terbabit apa tindakannya selepas ini. Dia tahu apa yang telah dilakukan nya dulu dan telah merencanakan tindakannya selepas ini setelah digantung pelajaran. Semoga dia terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Apapun aku kagum di atas keberanian pelajar terbabit dan jarang sekali dimiliki oleh warga malaysia yang lain. Bukan senang mahu bertindak sedemikian rupa dan bukan calang- calang orang pelajar ini. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada hari kejadian ketika peristiwa menurunkan bendara PM tersebut.

  Ader orang kata Pihak UPSI mengambil tindakan tanpa menyelidik betul- betul dan tanpa mendapatkan citer yang sebenarnya. Aku hanya pihak yang memerhatikan sahaja dan aku betul -betul tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...