Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 3 January 2012

Filipina dilanda wabak



Seorang wanita mangsa Taufan Washi sedang tidur bersama dua anaknya yang masih kecil di dalam kelabu di pusat penempatan sementara di sebuah jimnasium yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir di Cagayan de Oro di pulau Mindanao, selatan Filipina pada 30 Disember lalu. - Reuters


COTABATO 3 Jan. - Pihak berkuasa kesihatan Filipina hari ini mengisytiharkan wabak penyakit leptospirosis di kawasan yang dilanda banjir di selatan negara ini.
Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan seramai 300 lagi disahkan dijangkiti penyakit bawaan haiwan itu di bandar Cagayan de Oro dan di Iligan City yang berdekatan.
Penyakit tersebut, berpunca daripada bakteria Leptospira yang biasanya merebak menerusi air kencing haiwan seperti tikus, boleh menyebabkan demam panas, pendarahan dalaman dan kegagalan organ.
Mangsa terbaru, seorang wanita tua, meninggal dunia malam tadi akibat komplikasi daripada penyakit itu.
Menteri Kesihatan wilayah, Dr. Jaime Bernadas berkata, mereka khuatir bilangan pesakit di kalangan mangsa taufan Washi mungkin meningkat dalam masa beberapa hari akan datang.
Ahli Kongres, Rufus Rodriguez menggesa penduduk yang terjejas akibat banjir supaya mengambil ubat yang disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan bagi mencegah penyakit pembawa maut itu.
Angka kematian akibat taufan Washi setakat ini berjumlah 1,258 orang, manakala ramai lagi mangsa dipercayai masih hilang.
Taufan Washi menyebabkan hujan lebat dan banjir buruk di banyak kawasan di tengah dan selatan Filipina sejak 16 Disember lalu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...