Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 3 January 2012

Diterajang kutip RM50 di bahu jalan

KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM50, seorang lelaki berusia 53 tahun cedera di badan dan kaki selepas diterajang lebih 10 kali seorang lelaki tidak dikenali di depan sebuah stesen minyak di Taman Fadason di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah memberhentikan motosikalnya apabila melihat not RM50 di bahu jalan.

Menurut sumber, selepas mengambil wang berkenaan, mangsa kembali ke motosikalnya, tiba-tiba dihalang kereta Proton Wira.
“Seorang lelaki berusia 30-an keluar dari kenderaan itu terus menolak motosikal mangsa menyebabkannya terjatuh.

“Suspek menyepak mangsa yang terjatuh sebelum memberitahu wang berkenaan miliknya,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa menyerahkan semula wang itu kepada lelaki terbabit.

“Sebelum meninggalkan kawasan berkenaan, suspek memaki-hamun mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera di kaki dibantu beberapa orang awam di kawasan berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk membuat aduan insiden berkenaan.
“Lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dirawat pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan masih disiasat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...