Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 26 December 2011

PR mampu tawan di Johor

 Ini antara petikan menarik dari Ketua Wanita UMNO tentang situasi yang berlaku di Johor sekarang :-
  1. Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkeyakinan penduduk negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini tidak akan terpedaya dengan “gelombang fitnah” pembangkang.
  2. "Satu demi satu permainan pembohongan oleh mereka (pembangkang) terbongkar dan rakyat menyedari akan gelombang fitnah yang dipelopori oleh pembangkang.Rakyat Johor tidak terpedaya,”
  3. pembangkang tidak mempunyai sokongan daripada penduduk Johor, malah ceramah politik mereka di negeri ini kebanyakannya dihadiri oleh “orang luar”, merujuk kepada rakyat dari negeri lain. 
  4. Sharifah Azizah menempelak usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini “porak-peranda.” "Negara ini akan porak-peranda jikalau pembangkang memerintah, disebabkan mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah,” katanya.
  5. "Saya yakin kita berkemampuan mengulangi prestasi baik pada 2004,” katanya merujuk pada PRU 11 di mana BN memenangi kesemua 26 kerusi Parlimen dan 55 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
  6. "Negeri Johor akan kekal Biru selepas PRU 13,” katanya.
 sumber : utusan online

Apa yang dapat saya baca dari petikan tersebut :-
  • petikan ayat di atas saya perhatikan ader kerisauan yang melanda pihak UMNO di mana setiap ceramah yang dibuat oleh pihak PR mendapat sambutan yang teramat luar biasa. Ini diakui oleh pihak umno . Jika ceramah yang dibuat mendapat sambutan sampai puluhan ribu hadirin, ini menandakan umno dalam masalah kerana banyak isu sekarang banyak memihak kepada PR
  • atas dasar apa hadirin yang hadiri ceramah tersebut tidak terpedaya dengan PR sedangkan isu yang dibangkitkan oleh PR tidak mendapat jawapan yang tidak memuaskan dari pihak kerajaan. 

Kata- kata Anwar ibrahim bukannya sekadar kata- kata syok sendiri tentang penambahan undi yang besar bakal berlaku di Johor memandangkan minat rakyat Johor kepada pembangkang begitu ketara akhir- akhir ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...