Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 20 December 2011

Mungkinkah Johor ke tangan pembangkang



    Selama berpuluh - puluh tahun Johor menjadi kubu kuat Umno kini kecoh tentang kewangan negeri Johor yang mana telah mengalami defesif selama 3 tahun berturut- turut . 
   Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada Harakahdaily. net kedudukan kewangan kerajaan negeri Johor dalam tempoh tiga tahun berturut-turut mengalami defesit sebanyak
RM2.04 juta (bajet 2008),
RM2.746 juta (bajet 2009)
dan RM1.5 juta (bajet 2010).

hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan 
RM841.13 juta pada 2007
RM1.01 bilion pada 2008.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008
  • kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah 
  •  jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang  berjumlah RM943.54 juta.
Hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion.

Pada 2002, melalui Pelan Induk Penstrukturan Semula Korporat di bawah Bank Negara, Jcorp telah menerbitkan bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan negeri sebagai penjaminnya.Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007.2009, dan 2012.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 2009, Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009).Oleh itu, jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 ialah RM3.58 bilion.

  • "mempersoal kemampuan Jcorp menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM2,000 juta memandangkan purata keuntungan sebelum cukai Jcorp adalah lebih kuran 600 juta setahun "
  • Ini bermakna menjelang tahun 2012, Jcorp hanya mampu mengadakan lebih kurang RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon.
  • kemungkinan Jcorp dan kerajaan negeri Johor akan mengambil jalan pintas dengan cara menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik mereka.
  • CEO Iskandar Investment Berhad (IIB) juga telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa IIB telah membeli Menara Pejabat Plaza Kotaraya daripada Jcorp dan tapak CIQ di Stulang daripada kerajaan Johor.Sedangkan kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang.
PAS Johor turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera melakukan siasatan secara menyeluruh ke atas Jcorp dan 392 anak syarikatnya bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan kerugian besar yang dilami Jcorp serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Abdul Ghani juga diminta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedudukan kewangan Jcorp dan kerajaan negeri yang sedang kritikal serta memberikan penjelasan kepada rakyat Johor sebab kedudukan kewangan negeri berada pada tahap sedemikian.



sumber :http://www.harakahdaily.net/

Sumber : maharani.blogsport

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...