Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 27 December 2011

Gerakan senyap murtad sasar OKU


KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berjaya mengesan wujudnya gerakan senyap pihak tertentu yang cuba memurtadkan orang-orang Islam di negeri ini.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh berkata, golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya mereka cacat pendengaran atau pekak merupakan sasaran utama kumpu­lan­ terbabit.

Menurutnya, selain golongan pekak, kumpulan itu turut menyusup masuk ke hospital dan mendekati pesakit khususnya mereka yang tidak mempunyai waris atau tidak mendapat perhatian ahli keluarga.

“Mereka juga mencari peluang mendekati remaja bermasalah dan menawarkan bantuan kepada mereka sama ada dari segi kewangan mahupun menyediakan pelbagai keperluan bagi menarik perhatian.

“Ini yang berlaku dan kita memandang serius masalah ini,” katanya selepas merasmikan Penutup Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat Kepada Penjawat Awam Siri 1 di Hotel Permai In, di sini semalam.

Kursus dua hari disertai hampir 130 peserta itu bertujuan mendekatkan hubungan OKU dan orang normal supaya mereka tidak rasa tersisih.

Mohd Rozali berkata, kumpulan tersebut sentiasa mencari peluang dengan mendekati mana-mana orang Islam yang mempunyai masalah dan terbiar tanpa pembelaan mana-mana pihak.

Katanya, walaupun JHEAT tidak mempunyai data rasmi mengenai kegiatan itu namun pihaknya sedar kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam di negeri ini.

“Kita cuba atasi masalah dengan menganjurkan program tertentu yang boleh mendekatkan golongan ini bersama JHEAT dan mendampingi mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...