Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 28 December 2011

Marchisio optimis

ROME: Selepas kali terakhir Juventus memenangi ‘scudetto’ lapan tahun lalu, pemain tengah, Claudio Marchisio kini percaya kelab itu kembali memiliki mentaliti juara di bawah kendalian Antonio Conte.
Enam gol dalam saingan liga oleh Marchisio membantu Bianconeri merekodkan 16 perlawanan tanpa kalah di awal musim dan mereka kini berkongsi kedudukan di tangga teratas Serie A bersama juara AC Milan menjelang tahun baru.

“Conte membentuk mentaliti baru ke dalam kelab ini,” kata Marchisio kepada Reuters. “Salah satu kelebihannya adalah memadam ketakutan yang menyelubungi kelab ini selepas beberapa tahun meraih keputusan mengecewakan.
Dengan 27 kejuaraan scudettos, lebih sembilan berbanding AC Milan dan Inter Milan, Juventus adalah kelab Itali paling berjaya di peringkat domestik namun mereka bergelut sejak skandal calciopoli 2006 di mana kejuaraan scudettos pada 2005 dan 2006 mereka ditarik balik dan disingkirkan ke Serie B.

“Conte digelar ‘tukul’ oleh segelintir pemain dan mungkin tidak ada gelaran lain yang lebih tepat untuk dirinya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

“Jurulatih tahu apakah maksud kemenangan sebenar dan beliau membawa mentaliti itu kepada kelab setiap hari menerusi kesungguhannya.” Kelab gergasi Turin itu yang terlepas peluang beraksi di kejohanan Eropah musim lalu selepas menamatkan kempen liga di luar kelompok enam pasukan terbaik turut mendapat kelebihan di gelanggang baru, Juventus Arena iaitu stadium pertama dimiliki kelab.

“Saya tidak boleh meneka berapa banyak mata tambahan kami peroleh musim ini,” kata Marchisio. “Tapi apa yang saya boleh nyatakan adalah perasaan apabila mendengar penyokong bersorak memberi semangat. Melihat wajah mereka dengan lebih dekat memberi tenaga tambahan dan banyak membantu anda.” Stadium yang memiliki kapasiti 41,000 penonton itu menyaksikan Marchisio meledak dua gol lewat permainan Oktober lalu untuk mengalahkan Milan 2-0. Kemenangan itu cukup penting di penghujung musim memandangkan kedudukan Serie A bergantung kepada rekod pertemuan dan bukannya perbezaan gol selepas kiraan mata.

“Saya fikir sistem baru ini membantu mempamerkan kualiti terbaik saya,” kata Marchisio. “Saya fikir diri saya adalah pemain tengah yang mempunyai kemampuan teknikal yang bagus dan bertenaga. Gaya permainan yang diterapkan membantu meningkatkan permainan dan membolehkan saya menghampiri pertahanan lawan.” - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...