Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 27 December 2011

naza Kia sasar jual 24,000 kereta 2012


Pelancaran 5 model dapat sambutan

NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia menyasar peningkatan jualan keretanya sebanyak dua kali ganda kepada 24,000 unit tahun depan berbanding 12,000 tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar, berkata ia didorong pelancaran lima model barunya termasuk All-New Optima K5 yang dilancarkan semalam.
Kami yakin mampu capai sasaran itu berikutan semua model baru dilancarkan terima sambutan memberangsangkan di luar negara di sebalik krisis ekonomi global. - Syed Hafiz Syed Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Naza Kia
“Kami yakin mampu mencapai sasaran itu berikutan semua model baru dilancarkan menerima sambutan memberangsangkan di luar negara di sebalik krisis ekonomi global ketika ini,” katanya pada pelancaran cawangan barunya, Kia Red Cube dan All-New Optima K5 di Petaling Jaya, semalam.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalan Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Perniagaan Antarabangsa Kia Motors Corporation, Thomas Oh.

Syed Hafiz berkata, pihaknya menyasar menjual sehingga 3,600 unit Optima K5 pada tahun depan iaitu dengan anggaran 300 unit sebulan.

“Kami yakin mampu menjual model ini dengan mudah berdasarkan apa yang ditawarkannya kepada pelanggan dan sekali gus mencapai sasaran ditetapkan.
“Selain itu, ia juga antara model paling laris dijual di Amerika Syarikat pada tahun ini berbanding model lain dengan jualan 17 peratus atau 73,886 unit daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, mengenai Kia Red Cube, Syed Hafiz berkata bangunan dua tingkat seluas 34,000 kaki persegi itu pertama dilancarkan di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara.

“Ia menawarkan tiga perkhidmatan iaitu jualan, servis dan alat ganti. Pada tahun depan kami merancang membuka sebuah lagi pusat ini sama ada di kawasan utara atau selatan,” katanya.

Optima K5 serba baru ditawarkan pada harga RM143,888 atas jalan itu dilengkapi enjin Theta II 2.0 yang menghasilkan 165 PS dan 198 Nm untuk tork dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Selain itu, antara ciri premium yang terdapat pada model berkenaan adalah lampu kepala HID xenon boleh laras automatik, roda aloi 18-inci, enam beg udara, rekaan dalaman yang menggunakan kulit berkualiti, kestabilan program elektronik (EBS) dan sambungan USB dan Blueetooth.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...