Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 26 December 2011

Mourinho ke MU ?

MADRID: Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho berhasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila khidmatnya bersama kelab La Liga, Real Madrid berakhir, kata pengendali dari Portugal itu semalam.
“Saya sangat gembira bersama Real Madrid,” kata Mourinho kepada program ‘Today’, BBC Radio Four.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang bekerja di sini namun minat saya adalah di England dan langkah saya selepas ini adalah untuk kembali ke sana dan jika menjadi kenyataan akan meluangkan masa lebih lama,” kata Mourinho yang bakal menamatkan kontrak empat tahun dengan Real pada musim 2013-14.
“Berikan saya kelab yang bagus dalam tempoh beberapa tahun ini,” kata 48 tahun itu sambil ketawa.

Tempoh tiga tahun Mourinho di Chelsea tamat pada 2007 dan beliau kemudian membantu kelab Itali, Inter Milan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2010, kejayaan kedua di kejohanan itu selepas 2004 bersama Porto.

Beliau digembar-gemburkan media sebagai calon terbaik pengganti pengurus United, Alex Ferguson yang masih mempunyai baki kontrak setahun bersama juara Inggeris itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...