Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 21 December 2011

Ketidakpuasan Hassan Ali terhadp Pas menjadi-jadi

Antara petikan yang menarik untuk kita fikirkan bersama :-
  • Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan parti PAS kian tergelincir daripada perjuangan asal dan berdepan kemungkinan hilang sokongan sekiranya terus meminggirkan perjuangan memartabatkan Islam.Pas perlu kembali ke pangkal jalan dan kepimpinan sedia ada perlu memikirkan jalan terbaik mengembalikan parti itu kepada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam.
  • Pas sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.
  • Hasan Ali katanya berjuang untuk memastikan matlamat Pas diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu menjadi teras dalam perjuangan Pas
  • konsep Negara Berkebajikan sepatutnya tidak perlu menjadi pegangan Pas ketika ini kerana banyak negara lain dalam dunia mempraktikkan konsep sama.
  • untuk meletakkan asas negara Islam, Pas memerlukan ulama yang dapat menggarap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya melihat ulama Pas terdahulu berjaya membawa Pas ke arah ini.
  • Hasan secara peribadinya mahu mempertahankan Pas (berjuang membentuk negara Islam) dan saya yakin hampir ke semua ahli di dalam parti ini menyokong usaha yang saya lakukan selama ini
  • Hasan Ali katanya mempunyai bukti sokongan terhadap Pas semakin berkurangan sejak kebelakangan ini rentetan situasi semasa parti. “Penyokong (Pas) bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati.
  • Perjuangan Hasan Ali turut mendapat respons positif Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula Pas di landasan awal,” katanya.
 sumber : Sinar harian online

 Pada pandangan aku lak :-
  1. Berdasarkan apakah Hassan Ali menyatakan sokongan Melayu semakin merosot kepada PAS sedangkan dalam PRU kecil lepas ader kawasan undi melayu meningkat dan ader kawasan undi melayu merosot.
  2. Adakah kerana tewas dalam pemilihan hari tu dan bakal tidak dicalonkan dalam PRU akan datang maka Hasan Ali mengambil langkah berani ini?
  3. Isu Negara Berkebajikan bukankah sudah dipersetujui sebelum ini dan mengapa sekarang baru hendak membangkang ? Mungkin kah Hassan Ali sudah lama tidak berpuas hati dengan PAS dan baru sekrang mahu melepaskan segala yang terpendam dalam hati ?
  4. Mungkinkah Hasan Ali telah lama dipinggirkan dalam PAS maka dengan pendapatnya yang sedemikian maka perhatian PAS kepada Hassan Ali terus mendapat perhatian PAS?
  5. sepatutnya segala yang terbuku dalam Hasan Ali dibincang secara tertutup , kenapa perlu dihebahkan dalam media .... mungkin Hasan Ali sudah lama dipinggirkan oleh PAS ader benarnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...