Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 28 December 2011

Dengar suara suruh terjun

 
KUALA LUMPUR: “Saya sangat bimbangkan keselamatan ibu, dia perlukan rawatan, pelbagai usaha sudah dibuat tetapi sehingga kini tidak jumpa,” kata Mohamad Khalid Johari, 28, yang mencari ibunya.
Katanya, ibunya, Wan Jaliah Wan Harun, 56, keluar daripada rumah di blok D, Kelana D’Putra Kondominium, Kelana Jaya, Selangor pada Khamis lalu ketika ahli keluarga sedang tidur.

“Ibu sepatutnya menjalani rawatan di Hospital Serdang keesokan harinya pada jam 9.30 pagi sebelum menghilangkan diri”.
“Ibu pernah beritahu ada suara mengatakan menyuruh dia terjun ke dalam tasik dan keluar daripada rumah, saya khuatir terjadi perkara yang tidak diingini,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Dia berkata, pengawal keselamatan di kediaman mereka memaklumkan ternampak ibu berjalan keluar dari kawasan apartmen tetapi selepas itu gagal mengesannya.

Dia yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya turut meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mencari ibunya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...