Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 21 December 2011

Penggunaan dakwat kekal satu sandiwara SPR ?

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru- baru telah memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal ”silver nitrate” pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada PRU-12, namun SPR enggan memaklumkan sumber negara ia diimport malah Tan Sri Abdul Aziz bersungguh- sungguh menyatakan dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Mungkinkah dengan bantahan PERKASA yang berterusan bakal membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU akan datang ? Kemungkinan besar pembatalan penggunaan dakwat kekal  di saat- saat akhir  mungkin terjadi yang menyebabkan Pakatan Rakyat tertipu lagi ? haha
Walaupun hujjah yang dikemukan oleh PERKASA mengarut iaitu peratusan jumlah yang keluar mengundi di kalangan melayu bakal berkurangan namun PR seharusnya perlu mendapatkan kepastikan yang meyakinkan. Harus diingat pihak polis belum lagi masuk campur dalam hal ini. Mungkinkah pihak polis akan berkata jika penggunaan dakwat kekal bakal menimbulkan kekecohan pada hari pengundian nanti ...haha

Setakat ini permintaan SPR untuk memperoleh kuasa yang lebih masih lagi tidak diperkenankan kerajaan .. Ini bermakna SPR masih lagi tidak bebas sepenuhnya...

Setakat dan ketika ini hanya PERKASA dan seorang dua individu dalam kerajaan yang membangkang kononnya kerajaan Malaysia akan jadi negara terbelakang kerana penggunaan dakwat kekal dan kononnya negara mundur saja yang amalkan penggunaan dakwat kekal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...