Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 21 December 2011

Sewa bilik RM50 untuk maksiat

Nafsu tidak mengenal sesiapa, sama ada kita seorang ulama, pelajar, pekerja, janda, duda ,remaja , bujang dan lain - lain status maka jauhilah perkara yang boleh merangsangkan kita ke arah perzinaan. Peringatan ini wajib diingati sepanjang masa terutama sekali kepada pasangan yang sedang bercinta @ seseorang yang sedang diminati oleh seseorang.
 
 Kekadang kerana tersilap mengambil keputusan yang menyimpang ajaran islam maka buruk akan masa depannya. Bila baca paper hari ini kisah seorang pelajar dari Dungun yang sedang menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) sanggup menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya. Mungkin kerana kasih sayang allah kepada pasangan tadi telah membawa penginapan mereka diserbu pihak berkuasa. sekurangnya pasangan tersebut telah terselamat dari melakukan dosa besar. Dan dari dosa besar ini bakal membawa kepada dosa yang lebih besar seperti membunuh anak yang dimengandungkan hasil hubungan yang terlarang itu siapa tau ? Sesungguhnya allah maha mengetahui dari segala sesuatu.

  Apa yang saya faham akan berita tersebut, teman lelaki pelajar terbabit  yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.
Tindakan yang cukup bahaya kerana sudah tak tahu nak buat apa lagi untuk menghadapi keadaan yang amat memalukan dan bakal memusnahkan masa depan mereka.

  Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.
  Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

  “Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

“Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.


Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya.
 
Berdasarkan peristiwa tersebut dan kes-kes sebelum ini :-
  1. perlukah kebebasan anak wajib disekat dari berhubung dengan sebarang lelaki sedangkan sekarang bukan senang mahu mengawalnya dengan pelbagai teknologi yang wujud sperti internet, telefon dan lain-lain
  2. jika sudah tidak terkawal , perlu ker anak di kahwinkan dalam keadaan masih belajar ? Pernikahn sewaktu belajar memang bukan suatu yang pelik pada zaman sekarang namun kekadang pemikiran orang tua yang menyebabkan anak melakukan hubungan tersorok kerana bantahan orang tua untuk berkahwin malah baru-baru ini ada cadangan supaya menggunakan wali hakim jika ayah tidak mahu menjadi wali
  3. kekadang anak pun tidak patut dipersalahkan 100% kerana persekitaran sekarang banyak yang merangsang seseorang ke arah perzinaan kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan
  4. remaja sekarang sudah  tidak takut lagi melakukan perzinaan kerana undang- undang yang teramat lemah , kekadang remaja yang beragama pun ader segelintir yang melakukan zina dek lantaran nafsu yang bergelora.
  5. Penjaga dan kedua orang tua wajib mengambil berat akan hal ini demi maruah keluarga dan demi maruah islam itu sendir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...