Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 21 December 2011

Hassan digugur dari MB Negeri Sembilan ?

   Kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan sebagai calon pilihan raya umum (PRU) ke-13 mungkin akan terpelanting jika senario terbaru di dalam Umno Negeri Sembilan diambil kira.
  Menurut sumber dalaman, kedudukan Mohd sebagai calon PRU-13 mungkin tergugat apabila panel pemilihan calon PRU Umno Negeri Sembilan turut dianggotai oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.

    “Panel pemilihan kini dikuasai oleh orang Mohd Isa termasuk Ishak yang merupakan sekutu Mohd Isa.

“Mohd Isa antara pemimpin yang paling dipercayai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini. Sementara Ishak merupakan antara rakan karib Najib sejak sekian lama.
“Maka bolehlah disimpulkan kedudukan Mohd (gambar kiri Najib)sebagai calon menteri besar (Adun) mahu pun sebagai calon Parlimen agak tipis kerana majoriti panel dikuasai oleh orang-orang Mohd Isa”, kata sumber tersebut.
Menurut sumber itu lagi, ada desakan di kem Mohd Isa agar kerusi Parlimen Telok Kemang yang secara tradisinya ditandingi oleh MIC diserahkan kepada Umno.

DUN Rantau untuk MIC
“Ini akan memberi laluan kepada Mohd Isa yang merupakan ketua bahagian UmnoTelok Kemang untuk menjadi calon kerusi Parlimen Telok Kemang.
“Seterusnya Umno akan menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kepada MIC.Maka ini secara tidak langsung akan menyukarkan Mohd  untuk mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandang oleh beliau ketika ini”, tambah sumber itu lagi.

Namun begitu, karier Mohd  akan diputuskan oleh Najib. Difahamkan perdana menteri  akan mengekalkan Mohd untuk sepenggal lagi sebagai calon menteri besar memandangkan Datuk Shahziman Abu Mansor enggan menjadi  menteri besar.
Beliau dikatakan lebih selesa dengan tugas beliau sebagai Menteri Kerja Raya.
Bagaimanapun pengaruh Mohd Isa dan Ishak ke atas Najib juga tidak boleh dipandang remeh.
Kewujudan dua atau tiga kem di dalam Umno bukanlah sesuatu perkara yang menghairankan malah Najib juga pernah menegur agar pemimpin parti jangan mensabotaj calon jika tidak terpilih sebagai calon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...