Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 28 December 2011

Tembakan dendam pegawai kastam cemerlang



JASIN: Pegawai Kastam Tinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Rosli Aziz, 52, yang nyaris terbunuh selepas dipercayai ditembak di hadapan rumahnya di Sungai Air Hitam, Tanjung Minyak, dekat sini, mempunyai rekod membanggakan sepanjang tahun ini apabila melakukan rampasan barangan seludup bernilai RM30 juta.
Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said berkata, berdasarkan nilai rampasan menerusi operasi diketuai Rosli itu menunjukkan beliau seorang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya.

Katanya, lumrah sebagai pegawai kastam yang terbabit dalam operasi mencegah penyeludupan, mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman termasuk sindiket penyeludup yang sanggup membunuh.
“Dalam kes serangan terhadap Rosli, ia dipercayai bermotifkan dendam dengan rekod pencegahan penyeludupan dilakukannya.

“Dalam kes yang dikendalikannya termasuk menahan 15 anggota sindiket penyeludup sehingga salah seorang daripadanya dikenakan denda berjumlah RM1.4 juta baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Membasmi Jualan Rokok Tidak Sah dan Khidmat Bakti Masyarakat JKDM yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Chin Chin, Merlimau, di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Roslan Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...