Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 3 January 2012

Raih RM1,500 sehari



Raih RM1,500 sehari
Melihat potensi pernia­gaan pau yang mampu menjana pendapatan lumayan kerana kurangnya persaingan­ dalam pasaran jualan pau di kalangan peniaga milik Bumiputera, memberi peluang kepada Hamidah Idris, 44, memulakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rumah.

Menurut Hamidah, de­ngan bermodalkan RM10,000, dia membeli kelengkapan perniagaan seperti mesin uli, bekas, dan peralatan memasak serta bahan-bahan lain membuat pau, berjenama Pau Power yang kini boleh menjana pendapatan­ sehingga RM25,000 sebulan.

Katanya, Pau Power sudah dikenali ramai sejak tiga tahun lalu di sekitar Shah Alam termasuk di pasar malam Seksyen 18, Seksyen 7, Kinrara dan Damansara selain boleh didapati di pasar malam seperti di Puncak Alam dan Subang menerusi pengedar.

“Pengeluaran pau boleh dihasilkan sehingga melebihi 1,000 biji sehari yang turut dibantu tiga kakitangan dan ahli keluarga.

“Manakala, jualan pau boleh dijual sehingga 700 biji di pasar malam dan 300 biji lagi menerusi jualan di rumah dengan jumlah purata pendapatan RM1,500 sehari,” katanya yang ditemui di rumahnya, di Seksyen 18, Shah Alam.

Menurutnya, Pau Power mempunyai lapan jenis seperti kacang hitam, kaya, ayam kari dan sardin. Manakala, pau ikan bilis, coklat dan strawberi merupakan antara pau terbaru diperkenalkan pada pertengahan­ 2011.

Katanya, berikutan permintaan dan sambutan yang semakin meningkat, Pau Power bakal memperkenalkan keluaran perisa baru iaitu pau daging awal tahun ini.

“Selain itu, kami juga dalam perancangan membuka sebuah kedai Pau Power di sekitar Shah Alam pada masa akan datang. Saya turut berniat menambah menu jualan seperti laksa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...