Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 8 January 2012

Malaysia bakal huru hara ?


KUALA LUMPUR - Sejurus selepas keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan, pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, dikejutkan dengan tiga bunyi letupan, dipercayai bom buatan sendiri.
Letupan kendengaran selang setengah jam, dari kawasan parkir pengikut dan penyokong Anwar berhimpun.
Seorang peguam dan seorang penjaja cedera selepas terkena percikan bahan letupan yang tidak dikenal pasti.
Difahamkan, bahan letupan itu disembunyikan dalam kon polis dan meletup selepas mangsa mengalihkan kon tersebut.

Bunyi letupan kedengaran pada jam 10.20, 10.45 dan 10.50 pagi.
Sebuah motosikal dan kereta rosak akibat letupan tersebut.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati polis melakukan siasatan dan menutup lokasi tersebut untuk siasatan.
Difahamkan, satu sidang media akan diadakan petang ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...