Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 3 January 2012

Lelaki Diserang Sakit Kepala Sewaktu Orgasma! Kenapa?


Acap kali hubungan seksual dikatakan memberi manfaat kepada cara yang bertul dan memuaskan. Namun demikian hubungan seksual juga boleh mendatangkan kemudaratan menerusi satu gejala penyakit yang dipanggil Coital Cephalgia. Menurut satu kajian, ia merupakan gangguan atau serangan sakit kepala yang terjadi ketika atau setelah melakukan hubungan seksual. Lazimnya, gangguan ini menyerang kaum lelaki.
Serangan sakit kepala ini berlaku di dasar tengkorak sebelum hubungan seksual (termasuk masturbasi). Ia juga dikenali dengan istilah orgasmic cephalgia, orgasmic headaches ataupun primary headache with sexual activity (HSA).
Gangguan ini lazimnya terjadi kepada lelaki yang memiliki risiko tinggi seperti berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi, hipertensi, migrain, melakukan hubungan seksual dengan posisi berlutut, penggunaan amfetamin dan lelaki yang sedang menjalani terapi disfungsi ereksi (ED). Biarpun gangguan ini juga boleh berlaku kepada kaum wanita, ia lebih dominan di kalangan lelaki iaitu kadar 3:1.
Lelaki yang mengalami Coital Cephalgia selalunya menunjukkan rasa sakit kepala lantaran aktiviti seksual yang dilakukan. Rasa sakit biasanya dirasai pada dasar tengkorak dan kemudian merebak ke hadapan.
Rasa sakit biasanya terjadi secara tiba-tiba dan perlahan-lahan hingga menjejaskan aksi hubungan seksual yang sedang berlangsung. Rasa sakit lebih terasa apabila saat hampir orgasma. Simptom ini juga boleh berlaku selama beberapa minit, jam dan boleh melarat beberapa hari.

Jenis-Jenis Serangan Sakit Kepala
Coital Cephalgia diklasifikasikan kepada tiga kategori iairu Early Caoital Cephalgia, Orgasmic Coital Cephalgia dan late Coital Cephalgia. Ketiga-tiga kategori ini dibezakan berdasarkan lamanya sarangan. Early Coital Cephalgia biasanya berlangsung dalam temph singkat dengan gejala ketegangan otot di sekitar kepada dan rasa nyeri seiring peningkatan ghairah seksual.
Orgasmic Coital Cephalgia pula menyebabkan sakit kepala yang serius. Ia terjadi secara mendadak selam 15 minit ke 20 minit. Biasanya, kesakitan dirasai di belakang mata ketika berlakunya orgasma. Namun ia boleh dicegah dengan melambatkan orgasma. Penyebab serangan ini adalah kaitan dengan tekanan darah dan juga migran.
Bagaimanapun, Coital Cephalgia tidak membahayakan sebaliknya ia menjadi indikasi adanya gangguan kesihatan yang lain yang sangat berbahaya seperti meningitis, pendarahan dam tulang tengkorak, tumor, strok dan gangguan endokrin.
Namun demikian, gangguan ini perpotensi menyebabkan lelaki mengalami disfungsi ereksi (ED). Serangan ini meningkatkan rasa cemas dan tidak tenang yang menjadi punca ED. Begitu juga bagi lelaki yang sedang menjalani rawatan ED, turut mengalami Coital Cephalgia sewaktu melakukan hubungan seks. – TL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...