Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 8 January 2012

Ke mana hala tuju Anwar Selepas ini ?

Kemenangan Anwar kejayaan besar pembangkang – Azmin

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyifatkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu kejayaan besar buat pembangkang.
Katanya, kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mungkin dalam sebulan dua ini Anwar Ibrahim sibuk mengadakan ceramah dalam negara di atas pembebasan beliau dari tuduhan meliwat. Apa yang pasti ceramah beliau pasti akan dihadiri ribuan rakyat jelata yang amat dahagakan ceramah beliau. Ini pasti menggusarkan umno. Apakah tindakan dan hujjah umno selepas ini? Dengan pembebasan Anwar, pasti akan heboh di media yang mahkamah Malaysia  adalah adil dan dan terbaik namun pada pendapatku soal keadilan mahkamah merujuk kepada kes- kes yang dibicarakan sebnarnya. Jika kes itu diadili secara adil, maka adillah jadi nya. Jika di masa akan datang jika ader kes diadili secara tidak adil maka tidak adil lah jadi nya . Apapun tahniah kepada sistem keadilan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim. Moga-moga sistem keadilan kita menuju ke tahap keadilan yang terbaik. Syabas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...