Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 8 January 2012

Apakah sistem pendidikan negara telah gagal ?

Hampir 80 peratus pelatih PLKN tunjuk peningkatan

09/01/2012 2:43pm

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Hampir 80 peratus pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikesan tidak boleh membaca dan menulis pada sesi lepas, menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas mengikuti Modul I-Smart.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 482 pelatih didapati mengalami kesukaran dalam dua kemahiran tersebut dan mereka dimasukkan ke dalam program itu yang direka khusus untuk membantu mereka.
"Objektif program ini adalah bagi memastikan pelatih sekurang-kurangnya boleh menguasai pada tahap minimun kemahiran membaca dan menulis,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, daripada jumlah itu, 375 pelatih menunjukkan peningkatan namun mereka masih memerlukan tindakan susulan kerana selepas ini pelatih terbabit akan melangkah ke alam pekerjaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara akan melakukan kajian mengenai aspek Indeks Jisim Badan (BMI) untuk menyeragamkan aktiviti fizikal pelatih.
"Pelatih yang mempunyai BMI lebih dari 30 (terlalu gemuk) akan diberi pengecualian daripada aktiviti fizikal yang berat seperti flying fox, rempuh halangan dan aktiviti air,” katanya.
Kajian itu akan dijalankan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...