Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 24 November 2011

Seterika muka isteri

Apa nak jadi dengan suami- suami di luar sana. Sebelum ini macam -macam kes yang kita dengar salah laku suami. Yang terbaru kes yang meremangkan bulu roma aku adalah penderitaan seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit dan kemudian lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas .Mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.
Gara- gara marah isteri pasal bertanyakan/ mempersoalkan tindakan suami yang mahu menceraikannya.

Tips -tips untuk mengharmonikan rumah tangga
  1. komunikasi amat penting dalam kehidupan rumah tangga. Tanpa komunikasi mustahil untuk pasangan suami dan isteri menyelesaikan masalah, mengembangkan hubungan secara sihat, membina kebahagiaan rumah tangga dan mencapai tujuan asal perkahwinan iaitu untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan keredaan Tuhan.
  2. Menghindari dari dadah, alkohol , judi, curang kepada pasangan ,
  3. Menghindari dari mengalami masalah kewangan yang teruk
  4. Saling menghormati satu sama lain dan jangan sekali - kali memandang rendah akan keupayaan pasangan dan saling bantu- membantu satu sama lain untuk saling lengkap menglengkapi
  5. saling menjalankan tanggungjawap masing- masing dengan penuh tanggungjawap





1 comment:

  1. pe nak jadi la....pape pun berhati2 di pantai tgk ni http://terubukbakar.blogspot.com/2011/11/kerana-terlalu-ghairahartis-ini-disepit.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...