Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 26 November 2011

NATO pembunuh

PESHAWAR: Helikopter Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari wilayah Afghanistan melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan di sempadan Pakistan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 28 anggota tentera maut.

Pasukan keselamatan Pakistan dan pegawai tentera di wilayah Mohmand, berdekatan sempadan Afghanistan, berkata pegawai berpangkat mejar adalah antara yang terkorban dalam serangan sebelum subuh itu.
Jurucakap tentera berkata, helikopter ISAF/NATO melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan Pakistan di wilayah Mohmand awal semalam.
“Tembakan menyebabkan tujuh anggota tentera dan seorang mejar terbunuh,”kata pegawai perisik tempatan. Seorang lagi pegawai mengesahkan angka kematian itu selepas serangan dilakukan terhadap pos di daerah Baizai itu.

Washington menganggap wilayah berkenaan adalah kubu al-Qaeda, lokasi Taliban dan militan lain merancang serangan ke atas tentera Amerika Syarikat, termasuk anggota tentera antarabangsa diketuai Amerika yang berpangkalan di Afghanistan.

Gabenor wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Masood Kausar, mengecam keras serangan itu dan menyifatkan ia tidak dapat diterima.

Dalam satu kenyataan, dia berkata kejadian yang mengorbankan lapan tentera Pakistan itu adalah pencabulan ke atas kedaulatan negaranya.
“Serangan merentasi sempadan seperti itu tidak dapat diterima,” katanya sambil menambah kerajaan akan membawa perkara itu ke peringkat tertinggi dan mengadakan siasatan menyeluruh.

Di Kabul, jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) NATO memberitahu: “Kami sedar mengenai kejadian itu. Kami masih dalam proses mengumpulkan maklumat.”

Hubungan di antara Pakistan dan Amerika semakin tegang tahun ini sejak komando sekutunya melancarkan serbuan yang membawa kepada kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu.

Keadaan semakin keruh selepas Washington menuduh perisik Pakistan terbabit dalam serangan ke atas Kedutaan Amerika di Kabul, September lalu.

Pegawai Amerika menuduh puak di sempadan Pakistan memberi perlindungan kepada anggota Taliban yang sudah 10 tahun memerangi tentera asing itu di Afghanistan manakala rakannya, Taliban Pakistan pula kerap melancarkan pengeboman di wilayah Pakistan.

Dalam satu rundingan di Islamabad bulan lalu, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, menggesa Pakistan mengambil tindakan segera memusnahkan tempat perlindungan militan dan menggalakkan Taliban menyertai rundingan damai. – AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...