Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 22 November 2011

Waktu melakukan solat qiamullail

WAKTU AFDAL MENGERJAKANNYA

Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau akhir malam.
Ini berdasarkan riwayat al-Hafiz : Bahawa tahajud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.

"Bagaimanapun, berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdal dilewatkan sembahyang tahajud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam," jelasnya.


CARA MUDAH BANGUN MALAM
Menurut Imam al-Ghazali terdapat dua faktor utama memudahkan seseorang itu bangun berqiamullail. Faktor pertama ialah faktor luaran dan kedua faktor dalaman.

  • "Antara faktor luaran ialah tidak banyak makan dan minum sehingga badan menjadi berat untuk bangun malam, tidak memenatkan badan dengan aktiviti tidak berfaedah siang hari, tidur sekejap pada waktu tengah hari sebelum atau selepas solat Zohor. Ia dikenali sebagai ‘qailulah’ dan menjauhkan diri dari dosa pada siang hari yang mengharamkan seseorang berqiamullail.
  • "Faktor dalaman pula ialah menjauhkan sifat hasad dengki dan iri hati terhadap Muslim yang lain, menanam rasa takut kepada ALLAH, memahami dan menghayati kelebihan qiamullail dan menanamkan rasa cinta yang mendalam kepada ALLAH sehingga menimbulkan rasa rindu untuk sentiasa bermunajat kepada-NYA," ujarnya.

Ibadat terbaik pada waktu malam untuk qiamullail ialah solat-solat sunat.

dan bagi perempuan yang uzur pula adlah seperti berikut :

"Contoh ibadat yang boleh dilakukan ialah, zikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah zikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
'SUBHANALLAH', 'ALHAMDULILLAH', 'ALLAHU AKBAR', 'LA ILAHA ILLA ALLAH', 'SUBHANALLAH WABIHAMDIH, 'LA HAWLA WA LA QUATAILLA BILLAH' dan lain-lain lagi.

"Antara ibadat lain ialah memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadat utama dan penting untuk dilakukan oleh seseorang mukmin," katanya.
Boleh berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah. Mereka juga boleh berselawat ke atas Nabi, muhasabah diri, membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan iman serta makin dekat dengan ALLAH.
"Justeru, tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadan kerana di dalamnya, sangat digalakkan untuk memburu lailatulqadar.

"Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH SWT

 




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...