Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 27 November 2011

Ramai rasa tertipu, jejaskan industri


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelemahan akta dan peraturan sedia ada didakwa menjadi duri dalam daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya.
Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding francais tempatan.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Francorp Malaysia Sdn. Bhd. (Francorp), Affandy Faiz berkata, keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya.
‘‘Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal mengundang masalah, kata beliau.
Affandy berkata, permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk mengembangkan sistem berkenaan.
“Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.
‘‘Jika semua maklumat ini tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia.
Sambil menyatakan masalah lebih ketara bagi francais yang melibatkan agensi kerajaan, Affandy berkata, kedua-dua pihak francaisor dan francaisi didapati tidak mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dan hubungan komunikasi mereka tidak ubah seperti ‘ayam dan itik.’
Katanya, berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan.
‘‘Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya.
‘‘Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri,’’ jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...