Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 14 November 2011

beriman kah kita ? hanya kita sendiri yang tahu....

Adakah kita telah beriman kepada allah ?

   Orang islam yang mengaku telah beriman kepada allah wajib ambil berat dan prihatin  mengenai tahap keimanan dari masa ke semasa. Soal iman tidak boleh dibuat main-main sekadar pandang sepintas lalu saja kerana soal iman inilah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    Iman adalah mempercayai dan yakin dengan sepenuhnya rukun- rukun iman tanpa ada syak dan ragu- ragu apatah lagi mengesyaki akan ayat quran dan Hadis yang telah diturunkan sejak sekian lama kepada manusia. Kepercayaan dengan  penuh  yakin tidak akan sesekali bergoncang dan berdolak dalik akan larangan dan suruhan Allah, tidak ada kesamaran tentang ayat suci Al- quran apatah lagi menolak sama sekali ayat quran itu sendiri.

   Iman tidak akan sekali- kali tumbuh dan mekar secara semulajadi. Kita wajib belajar bagaimana untuk menjadi  manusia yang paling beriman. Kita semua tahu bukan mudah untuk melahirkan iman yang subur dan mekar di dalam diri kita. Kita wajib tanamkan dalam diri kita untuk pertingkatkan tahap keimanan dari setiap saat ke saat. Iman itu boleh dilihat dari tingkah laku kita seharian.

Inilah soalan yang perlu kita muhasabah sepanjang masa :
  1.   Adakah kita jenis manusia yang seringkali menyalahkan orang lain jika terkena kemudaratan? 
  2. Adakah kita sering merungut dan mengeluh setiap kesusahan yang menimpa diri kita ? 
  3. Adakah kita seringkali tidak bersyukur setiap kemudahan yang menimpa diri kita ? 
  4. Pernahkah diri kita menyalahkan taqdir apa yang menimpa diri kita ? 
  5. Pernah kah terasa teramat sulit dan teramat susah dalam menjalani sesuatu ujian dari allah ? 
  6. Adakah kita mengeluh / sabar dalam setiap yang berlaku ?


 Kebanyakan ramai dari kita, islam hanyalah dari keturunan dan warisan tapi pernahkah kita bersyukur atas kurniaan itu ?
  1.  Tahukah berapa ramai di luar sana yang berminat mendalami ilmu islam namun belum lagi diberi hidayah oleh allah ? 
  2. Berapa ramai yang diluar sana yang mati dalam kekufuran lantaran belum diberi hidayah dari allah walau berkali2 berdoa kepada allah? 
  3. Pernah kah anda terfikir orang melayu di Malaysia adalah manusia yang beruntung lahir dalam keadaan islam tapi berapa ramai yang menjaga islam dan iman itu sendiri. Di luar sana berapa ramai orang islam yang merempit tanpa menggunakan masa untuk meningkatkan iman ? 
  4. Berapa ramai yang melahirkan anak luar nikah , berzina dengan pasangan, menjadi pelacur @ perempuan @lelaki murahan yang sanggup menggadaikan maruah diri demi kesenangan hidup @ demi kepuasan nafsu serakah semata- mata. 
  5. Bukankah kita dijadikan allah hanya untuk beribadah kepada allah? 
  6. Berapa kali kah dalam seharian kita berfikir untuk menjadi yang terbaik pada hari ni ? 
  7. Hargailah masa sekarang sebelum ajal @ ujian @ bala menimpa diri kita .
  8. Sedarkah kita yang umur kita setiap hari mendekati mati, mendekati umur yang semakin tua ? Adakah kita boleh yakin yang esok kita akan terus hidup @ dalam keadaan sihat walafiat ?
Berapa ramai kah umat islam hari ni meningglkan dunia kerana kemalangan jalan raya, penyakit – penyakit kronik , sakit jantung , kencing manis ?
Sudah bersediakah kita untuk mengadap allah ?
Berfikirlah dengan sedalam- dalamnya demi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

  • Menangis lah sekarang mengingati dosa- dosa sebelum terlambat. 
  • Menangis lah sepuas- puasnya demi hari yang abadi. Ingatlah janji allah itu adalah benar.  
  • Yakinlah akan ada hari yang menghitung segala amalan kita walau sebesar zarah sekalipun amalan kita. 
  • Sesungguhnya hari kiamat itu adalah benar.
  • Neraka dan syurga itu adalah benar . 
  • Yakinlah kita akan menghadapi itu samada kita sudah bersedia @ sudah melupakan terus ketika ini. 
  • Minta dan berdoalah kepada Allah supaya dimatikan dalam keadaan beriman bukannya mati dalam keadaan kufur dan ingkar kepada allah walau satu ayat suci al – quran sekalipun .


menangislah..menangislah sepuasnya sebelum masa untuk berbuat demikian ditarik balik....

1 comment:

  1. entri yang bagus..sgt berinformatif dan memberi kesedran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...