Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 29 November 2011

Usah terpengaruh ceramah seks



Mufti bimbang pasangan cetek agama terpedaya Kelab Taat Suami

KOTA BHARU: Mufti Kelantan meminta umat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan ceramah kumpulan Kelab Taat Suami (KTS) yang sering mengeluarkan nasihat berbaur seks kononnya sebagai pedoman yang perlu diikuti pasangan suami isteri.
Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Islam sudah menyediakan garis panduan mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebaliknya mengikut hukum syarak dan undang-undang syariah.
Setiap pasangan suami isteri memang diharuskan mendengar ceramah mengenai kehidupan berumahtangga yang diberikan pakar bertauliah, bukannya pihak tertentu termasuk kelab terbabit (KTS). Dibimbangi, pasangan suami isteri yang cetek pengetahuan khususnya dalam agama akan mudah terpengaruh sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong dari akidah Islam sebenar. - Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan
Katanya, soal hubungan intim suami isteri, segala perlakuan seperti perkara apa yang perlu dilakukan pasangan suami isteri tidak perlu ditonjolkan atau dihebahkan kepada awam kerana seks adalah perkara paling sulit yang hanya boleh dibahas pasangan suami isteri saja.

“Setiap pasangan suami isteri memang diharuskan mendengar ceramah mengenai kehidupan berumahtangga yang diberikan pakar bertauliah, bukannya pihak tertentu termasuk kelab terbabit (KTS).

“Dibimbangi, pasangan suami isteri yang cetek pengetahuan khususnya dalam agama akan mudah terpengaruh sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong dari
akidah Islam sebenar,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendedahan Kaunselor KTS, Fatimah Talib, 49, pada majlis sambutan Awal Muharam di Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) di Kampung Gong Kulim dekat sini, kelmarin, yang mendakwa kes perceraian semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam ceramah itu, Fatimah mendakwa isteri dan suami seharusnya lebih mengetahui peranan mereka terutama ketika mengadakan hubungan seks.

Katanya, akibat kurang pengetahuan dalam seks menyebabkan ada pasangan lelaki memberontak kerana tidak berpuashati dengan layanan isteri.

Malah, Fatimah mendakwa kajian KTS juga mendapati ramai isteri turut tidak puas hati kerana suami tidak layan keperluan mereka seperti tidak menghisap payudara sebagai mukadimah hubungan seks.

Mohamad Shukri menafikan dakwaan KTS yang mendakwa kes perceraian semakin meningkat di negeri ini disebabkan suami tidak berpuas hati terhadap layanan seks isteri.

“Perceraian pasangan Islam di negeri ini bukan disebabkan faktor seks semata-mata, namun pelbagai faktor lain, termasuk campur tangan pihak ketiga atau masalah kewangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan Islam di negeri ini tidak mendekati kumpulan berkenaan kerana ia adalah serpihan dari pertubuhan Al-Arqam yang sudah diharamkan kerajaan.

“Malah sebelum ini, kelab berkenaan pernah menggemparkan negara apabila mengeluarkan sebuah buku berunsur seks yang kononnya sebagai panduan kepada golongan isteri ketika melayan suami di ranjang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...