Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 17 November 2011

Kejayaan diraih tanpa alasan

 Aku cukup kagum dengan anak sedara ku yang baru- baru ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR . 5A bukannya senang untuk dicapai dalam satu- satu peperiksaan yang besar seperti itu ia memerlukan semangat belajar yang tinggi. Apa yang lebih aku kagum terhadap dia adalah dia bukanlah manusia normal seperti orang lain tetapi mengalami masalah rabun yang teruk . Ketika memula mengalami masalah rabun itu dia telah mengalami kemerosotan yang teruk dalam pelajaran.
Ketika ini aku masih tergiang- giang lagi katanya yang berfikiran agak matang. 

''Saya tidak pernah melihat kekurangan pada diri saya sebagai penghalang malah mahu membuktikan saya juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain." katanya dengan penuh bersemangat dan tabah hati .


 Hidup ini bukannya senang untuk berjaya dan tiada tempat untuk orang yang mudah berputus asa dan cepat patah semangat. Apa guna memikirkan masalah kita siang dan malam tanpa usaha yang kuat untuk berjaya. kekadang aku sendiri kecewa dengan sikap sesetengah orang yang menyalahkan takdir terhadap ujian yang menimpa mereka. Malah ader yang sanggup membunuh diri kerana tidak sanggup meneruskan hidup padahal di luar sana melambak lari yang teruk diuji oleh Allah . Bukankah Allah telah berfirman yang membawa maksud Allah tidak akan sesekali membiarkan seseorang hambanya itu tanpa ujian untuk membuktikan keimanan seseorang ?

 Jangan sesekali memandang terhadap apa yang yang tidak kita perolehi sesuatu nikmat itu tapi pandanglah nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita kerana diluar sana ramai yang lebih sengsara dan merana dari kita....




harga sebutir nasi ( Sekadar gambar hiasan )



sekadar gambar hiasan




sekadar gambar hiasan



 Sama- samalah kita semua belajar bersyukur dan berterima kasih kepada Allah di atas apa yang telah dikurniakan Allah kepada kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...