Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday, 12 November 2011

kenapa mesti ingkar arahan bertudung ?

Hari ini seharian berjalan di KLCC membawa anak dan isteri. Tetiba hari ni mula menyedari begitu ramai sekali perempuan yang tidak bertudung dan jika ada yang bertudung pun agak menyimpang dari ajaran islam yang sebenar. Aku akui aku bukan pandai sangat perkara yang berkaitan agama tapi kerana minat yang mendalam pasal maka seolah – olah terasa ingin menulis sesuatu pasal bertudung ini. 
Apa yang aku tahu la kan bertudung adalah wajib ke atas setiap perempuan yang akhil baligh.
Kekadang ader juga terdengar alas an- alas an bagi mereka yang tidak memakai tudung seperti  -kebanyakan mereka yang bertudung bukan  ikhlas kerana Allah pun. Antara tohmahan yang dilemparkan adalah
I ) Bertudung kerana paksaan seperti mengikut arahan ayah, abang, suami
2 ) Bertudung kerana sudah dibiasakan dari kecil kerana ajaran yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa
3 ) Bertudung kerana faktor lain seperti mengidap sesuatu penyakit
4 ) Bertudung kerana diwajibkan di sebuah sekolah, kolej, university dan sebagainya
5 ) Bertudung kerana suami adalah seorang pemimpin yang sesuatu kampong  seperti suami seorang imam, bilal, ustaz dll
6 ) Bertudung tapi mengamalkan akhlak yang buruk dan berkelakuan tidak senonoh  seperti  mengumpat, melepak di pusat membeli belah dan berkelakuan liar

Pada pendapat aku la kan, contoh- contoh di atas adalah lumrah  dalam kehidupan. Maka tidak hairanlah ada di antara mereka bilamana berseorangan ader yang mula tidak bertudung. Maka tanyalah iman di dada masing- masing kenapa seseorang itu bertudung. Sebaik- baiknya alas an adalah bertudung kerana adalah ia datangnya dari perintah Allah . ini akan meningkatkan iman di dada walaupun kekadang datang juga keinginan untuk tidak bertudung . SYABAS untuk mereka.

2 comments:

  1. Assalammualaikum WBT

    "Apa yang aku tahu la kan bertudung adalah wajib ke atas setiap perempuan yang akhil baligh"

    Maaf kata bahawa bertudung tak wajib, sebaliknya yang wajib menutup aurat. Kena betulkan lagi ya istilah.

    Maaf atas teguran.

    ReplyDelete
  2. tq bro kerana komen di atas...insyaallah saya akan pertingktkan ilmu dr masa ke semasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...