Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 29 November 2011

KWSP tidak beri pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi



KUALA LUMPUR 29 Nov. — Kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi sebaliknya hanya kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan dan mempunyai aset, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, semua bentuk pelaburan KWSP akan dipantau dan dinilai panel pelaburan dan risiko KWSP sebagai jaminan bahawa pinjaman itu selamat.

"Keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat Kementerian Kewangan. Saya yakin pelaburan berisiko tinggi tidak akan dibuat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau).
Awang Adek berkata, panel pelaburan KWSP itu dianggotai beberapa pakar termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...