Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 28 November 2011

Usus, hati di luar badan


BOTA: Sepasang suami isteri reda apabila anak lelaki mereka, Iman Taufik Azman yang berusia 56 hari dilahirkan dalam keadaan usus dan hati di luar badan.
Iman Taufik terpaksa menanggung derita apabila tidur dalam keadaan telentang sejak dilahirkan kerana tali pusat dan usus di atas abdomennya.

Selain itu, anak kelima pasangan Azman Abdullah, 32, dan Norhayama Ramli, 29, itu memerlukan penjagaan rapi bagi menghalang jangkitan kuman.
Norhayama berkata, mereka sekeluarga reda menerima ketentuan takdir dan setakat ini anaknya itu sihat sama seperti bayi normal lain.

“Pada usia kandungan 19 minggu, saya dimaklumkan bayi dikandung mengalami kecacatan dan selepas itu, kes berkenaan dirujuk ke Hospital Seri Manjung (HSM) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lambor Kanan, dekat sini, kelmarin.

Norhayama berkata, biarpun dilahirkan tidak sempurna seperti empat lagi anaknya berusia antara lima hingga setahun, dia tetap memberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada Iman Taufik.

Dia ia juga sanggup tidak bekerja demi memberikan tumpuan sepenuh masa kepada bayi itu.

Penderitaan Iman Taufik mendapat perhatian Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan yang melawat keluarganya bersama Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Parit.
Sementara itu, Mohd Zaim yang juga Ketua Umno Bahagian Parit berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa keluarga itu dan meminta pasangan Azman dan Norhayama bersabar menerima ketentuan Ilahi dengan reda.

Bagi meringankan beban keluarga itu, Umno Parit mengesyorkan Iman Taufik dirujuk kepada pakar perubatan di Ipoh dengan segala kos ditanggung bersama Adun Belanja dan Bota.

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi kecil ini dan saya dimaklumkan, pembedahan hanya boleh dijalankan ketika Iman Taufik berusia tiga tahun.

“Sementara menunggu tempoh pembedahan, saya mengesyorkan kes ini dirujuk kepada pakar kanak-kanak bagi menjamin kesihatannya, katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...